Pergi ke kandungan

Salju Rindu Di Bumi Auckland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Salju Rindu Di Bumi Auckland merupakan sebuah drama televisyen web Malaysia 2024 terbitan Global Station Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Riza Baharudin. Ia dibintangi oleh Riena Diana, Keith Foo, Nabil Aqil, Emelda Rosemila dan Husna Mustaffa. Drama ini memulakan tayangan perdana di Tonton pada 16 September hingga 31 Oktober 2024.

Salju Rindu Di Bumi Auckland
Genre
Berdasarkan daripada
Salju Rindu Di Kota Edinburgh
karya Haitun Kamarazaman
Ditulis olehFara Alya Ashaari
PengarahRiza Baharudin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Terlerai" oleh Suki Low
Lagu penutup"Terlerai" oleh Suki Low
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Inggeris
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifDato Zaiton Muhd Jiwa
Penerbit
  • Zetty Alia Ramly
  • Zetty Adila Ramly
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTonton
Format gambar
Format audioDolby Digital
Tayangan ulang di
TV3 (Slot Samarinda)
Hypp Sensasi
19 November 2025 — 6 Januari 2026
Siaran asal16 September 2024 (2024-09-16) – 31 Oktober 2024 (2024-10-31)
Kronologi
MengikutiBintang Di Langit Syawal
Diikuti olehSusuk Rupawan

Siri ini juga bersiaran ulangan di saluran TV3 di bawah Slot Samarinda pada 19 November 2025 hingga 6 Januari 2026 bagi menggantikan siri drama Bintang Di Langit Syawal dan digantikan oleh siri drama Susuk Rupawan.

Mengisahkan tentang Juraini (Riena Diana), seorang gadis yang terjerat dalam kehidupan penuh rintangan akibat ketamakan bapanya kepada duit sehingga mengabaikan keluarga mendorongnya untuk melarikan diri dari kampung demi mengejar kebahagiaan dan pencarian jati diri seorang wanita.

Juraini membesar di bawah pengawasan bapanya, Pak Talib yang menggunakan agama untuk memuaskan ketamakannya yang memaksa Juraini untuk berkali-kali mengorbankan dirinya kerana terpaksa menanggung kebajikan keluarganya yang diabaikan Pak Talib.

Dalam dia menghadapi rintangan itu, Juraini telah berkenalan dengan Nathan (Keith Foo). Nathan merupakan seorang lelaki bukan Islam yang berhati mulia dan baik yang berasal dari Auckland. Ketika berputiknya cinta mereka, Juraini berdepan dengan dugaan dan pengkhianatan dari Azman, pengurus tempat kerja Juraini, yang melakukan tindakan mengaibkan terhadap Juraini yang menyebabkan hidupnya kacau-bilau. Dalam keadaan huru-hara, Juraini nekad membuat keputusan untuk memulakan hidup baru bersama Nathan di Auckland.

Walaupun Juraini telah menetap di kota yang jauh beribu batu dari kampung halaman, peristiwa hitam dan kesedihan yang dilalui masih menghantui dirinya sehingga akhirnya memaksa beliau untuk membuat keputusan mengubah cara hidup.

Juraini menukar identiti baharu sebagai Joanna, membina kehidupan baru bersama Nathan dan anak mereka, Samantha. Namun, disebalik kebahagiaan yang dicari dan dikecapi, masih terselit rasa tidak sempurna tanpa kehadiran keluarga tercinta yang jauh di kampung.

Selepas sekian lama meninggalkan tanah air, keluarga Joanna menghantar anak buahnya, Iman (Nabil Aqil) ke Auckland untuk memulakan misi penuh harapan untuk membawa Joanna pulang ke pangkuan keluarga. Mampukah Iman menyatukan Joanna dengan keluarganya yang telah lama terpisah?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]
  • Riena Diana sebagai Juraini (muda) / Samantha/Aisha (dual character), perempuan yang makan hati dengan sikap keluarganya sendiri terutama bapanya Pak Talib. Dia mengikuti Nathan pergi ke Auckland dan 20 tahun kemudian anaknya, iaitu Samantha mempunyai wajah yang seiras dengan Juraini sewaktu muda (Episod 1-28)
  • Keith Foo sebagai Nathan, lelaki berketurunan Cina kelahiran Malaysia tetapi dibesarkan di Auckland, New Zealand. Nathan juga suami kepada Juraini & bapa kepada Samantha.(Episod 1-18)
  • Nabil Aqil sebagai Iman, anak kepada Suri & anak saudara Juraini yang ditugaskan ke New Zealand bagi memujuk Juraini kembali ke pangkuan keluarga selepas beberapa tahun membawa diri (Ep 14-28). Iman sebenarnya adalah anak kandung hasil perbuatan Zina antara Zainun dengan Azman
  • Emelda Rosemila sebagai Juraini / Joanna (masa kini), ibu kepada Samantha (Ep 14-28)
  • Husna Mustaffa sebagai Suri, kakak Juraini dan anak Talib yang mempunyai ilmu agama tetapi mempunyai sikap penting diri dan ego serta menyimpan iri hati terhadap Juraini (Ep 1-28)

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Kodi Rasheed sebagai Aziz, abang Juraini, Suri & Anak kepada Talib dan Mak Yam serta mempunyai kedai makan (Ep 1-28)
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Talib, Ayah kepada Aziz, Juraini, Suri seorang bersikap angkuh yang mengejar kekayaan selain menipu (pemain antagonist). (Ep 1-13)
  • Rosnah Johari sebagai Mak Yam, Isteri Pak Talib dan ibu kepada Aziz, Juraini, Suri (Ep 1-27)
  • Mas Anizan sebagai Mak Su, Isteri kedua Pak Talib (Ep 2-13)
  • Louisa Chong sebagai Anne, Ibu kepada Nathan
  • Azhar Amir sebagai Azman, Majikan Juraini dan teman lelaki Zainun yang merogol Juraini juga bapa kandung Iman (Ep 1-26), di episod 26 Azman ditangkap oleh pekerja Aziz kerana cuba menculik pekerja kedai Aziz yang menjadi mangsa gangguan seksual
  • Zera Hariz sebagai Zainun, Kawan Juraini yang mempunyai sifat dengki cemburu terhadap beliau dan perempuan simpanan kepada Azman juga ibu kandung Iman. Namun dua tahun kemudian Zainun meninggal dunia akibat Barah dan menyerahkan Iman kepada Suri, Hidayat (Ep 1-11)
  • Azwan Kombos sebagai Hidayat, seorang pendakwah, suami kepada Suri dan ayah kepada Iman. (Episod 9-28)
  • Ku Frisha sebagai Maya,bekas teman wanita Aziz
  • RJ Helmy sebagai Dr. Johan, tunang Maya
  • Alif Hadi sebagai Fikhri, bekas tunang Suri
  • Mia Nasir sebagai Linda, isteri Aziz
  • Tiara Suraya Rose sebagai Suraya gadis mualaf di Auckland.
  • Bobo Rimaz sebagai Zamarul

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Drama ini menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, Ijok, Kuala Selangor dan Auckland, New Zealand antara bulan Jun hingga Julai 2024.

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
TV3: Slot Samarinda, Isnin-Khamis, 10:00 malam
Sebelumnya Salju Rindu Di Bumi Auckland Berikutnya
Bintang Di Langit Syawal Susuk Rupawan