Salmah Ahmad
Salmah Ahmad | |
|---|---|
| Kelahiran | Salmah binti Lagio 7 September 1937 |
| Nama lain | Salmah Ahmad |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1957–1964 |
| Pasangan | Ahmad Shahlan (k. 1955; c. 1981) |
| Anak-anak | 6 |
Salmah Lagio, yang lebih dikenali sebagai Salmah Ahmad (lahir 7 September 1937), merupakan seorang pelakon filem Melayu tahun 1950’an - 60’an.
Kehidupan awal dan kerjaya
[sunting | sunting sumber]Salmah dilahirkan pada 7 September 1937 di Johor Bahru.[1] Ketika berusia 17 tahun, beliau memenangi Ratu Cantik yang dianjur oleh UMNO Johor Bharu. Selepas itu beliau terpilih untuk membintangi film Pontianak, yang dihasilkan oleh Cathay Keris pada tahun 1957.
Selepas kontraknya dengan Cathay Keris tamat pada 1962, beliau menyertai Studio Merdeka yang bertempat di Hulu Kelang, Selangor yang baru sahaja dibuka.
Filem pertama beliau bersama Studio Merdeka adalah "Tun Tijah" yang diarah oleh L. Krishnan, dan diikuti dengan "Keris Sempena Riau, Selendang Merah, Siti Payong, Ibu Ayam” dan lain-lain".
Filem terakhir beliau adalah "Tun Mandan" arahan Salleh Ghani pada 1964, sebelum bersara dari dunia lakonan.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1957 | Pontianak | Maria | Filem pertama |
| Dendam Pontianak | Maria | ||
| 1958 | Satay | Fatimah | |
| Sumpah Pontianak | Maria | ||
| Orang Minyak | |||
| Che Mamat Parang Tajam | |||
| 1959 | Jula Juli Bintang Tiga | Jula Juli Bintang Tiga | |
| Rasa Sayang Eh | |||
| 1960 | Noor Islam | Tengku Ratna Suri | |
| Tun Tijah | |||
| 1961 | Yatim Mustapha | Cahaya | |
| Keris Sempena Riau | Tun Lela | ||
| 1962 | Selendang Merah | Kesuma | |
| Siti Payong | |||
| 1963 | Ibu Ayam | Rosnah | |
| 1964 | Tun Mandan | Tun Mandan | Filem terakhir |
Anugerah dan Pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Filem | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2007 | Festival Filem Malaysia | - | Dirinya Sendiri | Artis Veteran |
| 1964 | Tun Mandan | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | |
| 1963 | Ibu Ayam | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | |
| 1960 | Noor Islam | Pelakon Wanita Terbaik | Menang | |
| 1957 | Pontianak | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon | |