Salmon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Illustrasi Salmon Coho jantan.

Salmon adalah nama biasa bagi beberapa spesies ikan dari keluarga Salmonidae. Beberapa ikan lain di dalam keluarga ini dipanggil trout; perbezaannya adalah disebabkan kehidupan migrasi ikan salmon dibandingkan dengan sikap perumahan ikan trout, satu perbezaan yang betul untuk genus Salmo. Ikan ini hidup dalam lautan-lautan Atlantik (satu spesies migrasi Salmo salar) dan Lautan Pasifik selain juga di Tasik-Tasik Besar benua Amerika Utara (kira-kira sedozen spesies dari genus Oncorhynchus).

Secara tipikal, salmon adalah anadromous: ia menetas di air tawar, berpindah ke laut, kemudian kembali semula ke air tawar untuk membiak. Walau bagaimanapun, terdapat spesies yang hanya mampu hidup di habitat air tawar. Ia kemungkinan besar disebabkan oleh perternakan spesies-spesied tertentu ikan salmon. Folklore membuktikan bahawa salmon akan kembali ke lokasi sebenar di mana ia ditetaskan, kajian telah membuktikan kebenaran dakwaan ini, akan tetapi sifat bagaimana memori ikan ini berfungsi telah menjadi perdebatan panjang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]