Saltira Santo Patrick

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Saint Patrick's Flag: a red saltire on a field of white

Saltira Santo Patrick (bahasa Inggeris: Saint Patrick's Saltire atau Saint Patrick's Cross) ialah sebuah bendera terdiri daripada suatu salib menguak atau saltira berwarna merah berlatar bidang putih melambangkan Santo Patrick iaitu santo penaung pulau Ireland.

Ia merupakan antara komponen utama dalam bendera kebangsaan United Kingdom, Union Jack hasil penggabungan bersama Salib Santo Andrew mewakili Scotland dan Salib Santo George mewakili England sejak tertubuhnya United Kingdom yang moden tahun 1800. Ia masih digunakan sebagai bendera lazim melambangkan Ireland Utara yang kekal dalam negara besar tersebut berikutan kemerdekaan bahagian selatan pulau Ireland dari cengkaman British sejak meletusnya Pemberontakan Easter tahun 1916.

Rujukan[sunting | sunting sumber]