Saluki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Saluki
Caesaria.jpg
Warna bulu saluki berbagai-bagai.
Negara asalMesir
Trait
Berat 40–60 paun (18–27 kg)
Tinggi 23–28 inci (58–71 cm)
Jangka hayat 12–14 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Saluki (Arab: سلوقی, salūqī; Bahasa Parsi: سلوکی, سگ تازی), juga dikenali sebagai greyhound Parsi dan anjing diraja Mesir ialah salah satu baka anjing bela jinak yang diketahui. Saluki merupakan anjing pemburu penglihatan dan dahulu pernah merantau di seluruh Timur Tengah dan Jalan Sutera dengan kafilah dan suku nomad di seluruh kawasan yang menganjur dari Gurun Sahara ke Laut Kaspia dan ke China. Ia pernah digunakan untuk memburu buruan seperti gazel dan kelinci. Berbentuk seperti anjing pemburu penglihatan tipikal, ia wujud dalam dua keragaman, licin dan berpelepah. Sungguhpun ia merupakan baka tidak bersandar yang memerlukan latihan, ia lemah lembut dan bersikap penyayang dengan pemiliknya.

Saluki


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dua Ekor Saluki, dilukis oleh Maharaja Xuande dari China (1398–1435).

Ada petroglif dan seni batu di Golpaygan dan di Khomein di Iran Tengah yang menunjukkan bahawa hound seperti saluki dan falkon menemani pemburu mengejar mangsa (kira-kira 8000–10,000 SM).[1] Juga pada tembikar dijumpai di Susa, Iran (kira-kira 4200 SM) ialah imej hound seperti saluki mengejar kambing gurun atau baring di sebelah kolam.[2][3] dan dari zaman Kerajaan Tengah dan seterusnya, haiwan seperti saluki muncul pada makam Mesir purba dari 2134 SM. Ini mempunyai hubungan dengan Avesta,[4] Alkitab, al-Quran[5] dan Empayar China. Pembiakbakaan moden di barat bermula pada 1895 apabila Florence Amherst mengimport sepasang saluki pembiakbakaan dari Mesir Rendah dan mula bekerja untuk mempopularkan baka. Saluki yang pertama didaftarkan di dalam buku pembaka barat ialah Cyrus dan Slongha Peri diimport dari Iran dan didaftarkan dengan DWZRV.[6] DWZRV juga mencatatkan perinduk pertama pada 1922.[7] Saluki diiktiraf oleh The Kennel Club pada 1923, dan oleh American Kennel Club pada 1929. Baka ini juga merupakan maskot Universiti Illinois Selatan Carbondale.

Saluki ialah anjing pemburu penglihatan dan dahulu merantau di seluruh Iran melalui Jalan Sutera dengan kafilah dan suku nomad di seluruh kawasan menganjur dari Sahara ke Laut Kaspia dan China. Ia telah digunakan untuk memburu buruan seperti gazel, kelinci dan kambing gurun (kebanyakannya di Iran Utara). Berbentuk seperti anjing pemburu penglihatan tipikal, ia terdapat dalam dua keragaman, licin dan berpelepah. Sungguhpun ia merupakan baka bebas yang memerlukan latihan sabar, ia lemah lembut dan bersikap penyayang dengan pemiliknya. Isu kesihatan pada saluki termasuk barah dan masalah jantung.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1], No.13 in The Album of Petroglyphs in Akhale state web directory, Golpaygan, Iran.
  2. ^ [2], Susa Bushnell, Salukis and Ibex, at louvre.
  3. ^ [3], Susa Beaker, Saluki-like running dogs, Ibex, and Stork-like beards
  4. ^ [4], Avesta Vendidad the sacred book of Zoroastrians (2300BCE - 2500BCE)
  5. ^ [5], They ask you, [O Muhammad], what has been made lawful for them. Say, "Lawful for you are [all] good foods and [game caught by] what you have trained of hunting animals which you train as Allah has taught you. So eat of what they catch for you, and mention the name of Allah upon it, and fear Allah." Indeed, Allah is swift in account.
  6. ^ [6], Der DWZRV ist der älteste Windhundzuchtverein in Deutschland.
  7. ^ [7], First litter in Gernmany, 1922
  • Leighton, Robert (1907). The New Book of the Dog. Cassell and Company.
  • Goldwasser, Orly (2002). Prophets, Lovers and Giraffes. Harrassowitz Verlag. ISBN 978-3-447-04590-2.
  • Palika, Liz (2007). The Howell Book of Dogs: The Definitive Reference to 300 Breeds and Varieties. John Wiley & Sons. ISBN 978-0-470-00921-5.
  • Duggan, Brian Patrick (2009). Saluki: The Desert Hound and the English Travelers Who Brought It to the West. McFarland & Co Inc. ISBN 978-0-7864-3407-7.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]