Samantha Akkineni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Samantha Ruth Prabhu
சமந்தா ருத் பிரபு
Samantha Ruth Prabhu ketika Anugerah Filmfare India Selatan ke-60 (2013).
Kelahiran
Samantha Ruth Prabhu

(1987-04-28) 28 April 1987 (umur 36)[1][2]
WarganegaraIndian
Nama lainYasodha[3]
PendidikanB.Com [4]
Pusat pendidikanStella Maris College, Chennai
PekerjaanModel ,Pelakon
Tahun aktif2007 - Present
Kampung asalChennai
Ketinggian5 ka 6 in (168 cm)[4]


Samantha Ruth Prabhu love shushu a guy from malaysia(lahir 28 April 1987) merupakan seorang model dan pelakon filem India yang aktif dalam industri filem Tamil dan filem Telugu. Samantha dibesarkan di Chennai dan mengejar kerjaya dalam bidang pemodelan sejak zaman remajanya. Filem debut Samantha ialah filem romantik, Ye Maaya Chesave arahan Gautham Menon.Lakonan Samantha dalam filem ini dipuji hebat oleh pengkritik. Samantha juga menang Anugerah Filmfare India Selatan untuk Debut Wanita Terbaik untuk lakonan beliau dalam filem ini. Sejak itu Samantha muncul sebagai salah satu pelakon terkemuka dalam industri perfileman India Selatan.Pada pertengahan 2012, Samantha memulakan sebuah organisasi amal yang dinamakan Sokongan Pratyusha untuk membantu wanita dan anak-anak yangkurang bernasib baik.

Pada tahun 2013, Samantha menjadi pelakon kedua selepas Revathi untuk memenangi kedua-dua Anugerah Filmfare untuk Pelakon Terbaik dalam filem Tamil dan Pelakon Terbaik dalam Filem Telugu pada tahun yang sama, untuk filem-filem Neethaane En Ponvasantham dan Eega, masing-masing.

Kehidupan awal dan keluarga[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 28 April, 1987 kepada ibu berketurunan Malayalam dan bapa berketurunan Telugu.Samantha telah dibesarkan di Chennai, Tamil Nadu. Ia membolehkan Samantha fasih dalam Bahasa Tamil. Samantha lebih suka mengelar dirinya sebagai orang Tamil walaupun berasal dari keturunan yang berbeja. Samantha menghadiri dan menamatkan persekolahan di Sekolah Matrikulasi St.Stephens dan Sekolah Menengah Tinggi Holy Angels Anglo-Indian.Beliau kemudiannya menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dari Stella Maris College, Chennai.Pada mulanya Samantha bergiat dalam industri permodelan hanya untuk wang saku tetapi akhirnya menjadi pelakon.

Kerjaya Filem[sunting | sunting sumber]

Samantha dalam filem Neethaane En Ponvasantham
Samantha dalam filem Manam
Samantha dalam filem Manam

Kerjaya Awal(2010)[sunting | sunting sumber]

Filem pertama bagi Samantha ialah Ye Maaya Chesave arahan Gautham Menon. Filem ini mendapat pujian orang ramai. Samantha juga memainkan watak sampingan dalam filem Brindavanam yang turut dibintangi oleh NTR dan Kajal Aggarwal. Selepas itu, Samantha belakon dalam beberapa filem Tamil iaitu Baana Kaathadi, Moscowin Kavery dan Vinnaithaandi Varuvaayaa.Lakonannya dalam Baana Kaathadi mendapat percalonan dalam Vijay Awards bagi ketegori pelakon wanita terbaik.

2011-2013[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, Samantha membuat penampilan tetamu sebagai pesakit mental dalam filem arahan Gautham Menon, Nadunisi Naaygal, Kemudian beliau belakon dalam film bajet besar Telugu, Dookudu, bersama Mahesh Babu. Filem ini menjadi blockbuster.Samantha telah ditandatangani sebagai peneraju wanita utama di dalam dua filem projek bajet besar dalam Tamil, Kadal arahan Mani Ratnam dan filem Ai tetapi terpaksa menarik diri daripada kedua-dua filem, kerana dia telah mengalami penyakit kulit dan tidak dapat bekerja selama dua bulan. Pada tahun 20012,Beliau belakon dalam filem fantasi arahan SS Rajamouli, Naan Ee.Filem ini diterbitkan dalam dwibahasa iaitu Tamil dan Telugu. Filem ini menjadi filem blockbuster bagi tahun tersebut. Dia kemudian belakon dalam flem arahan Gautham Menon yang diterbitkan dalam 3 bahasa-Tamil,Telugu dan Hindi.Beliau bermain watak wanita utama dalam ketiga-tiga bahasa -. Telugu, Tamil dan Hindi dan belakon dalam semua adegan tiga kali dengan pelakon--pelakon yang berlainan merentasi bahasa. Versi tamil filem ini bertajuk Neethaane En Ponvasantham dan versi Telugu bertajuk Yeto Vellipoyindi Manasu serta kedua-dua versi ditayngkan pada Disember 2012.Manakala versi Hindi yang bertajuk Assi Nabbe Poorey Sau telah ditangguhkan.

2014[sunting | sunting sumber]

Samantha memainkan peranan sebagai seorang ibu buat kali pertama menurusi filem Manam.Beliau mendapat ulasan yang sangat positif dan prestasi Samantha telah dipuji oleh pengkritik. Samantha juga berlakon dalam dua filem tamil yang dibintangi pelakon terkenal Surya dan Vijay. Filem tersebut ialah Anjaan dan Kaththi . Kedua-dua filem ini merupakan blockbuster bagi tahun tersebut.

2015[sunting | sunting sumber]

Sekali lagi,Samantha akan membintangi filem bersama-sama Surya dalam filem fiksyen sains 24 .

Duta Jenama[sunting | sunting sumber]

Samantha menjadi duta bagi jenama-jenama tersebut :

  • Coca Cola
  • Mayil Mark Rice
  • Chik Shampoo
  • Gokul Sandiva
  • Big C Mobiles
  • Saravana Stores
  • Odonil Room Freshening Gel
  • Dabur Vatika Hair Oil
  • Lux
  • Paragon

Filantropi[sunting | sunting sumber]

Samantha dikaitkan dengan kempen menyokong kanak-kanak yang menghidap penyakit Hemofilia . Beliau telah menghadiri pelbagai kem kesedaran oleh NGO untuk menunjukkan sokongan beliau.Samantha memulakan sebuah organisasi amal yang dinamakan Sokongan Pratyusha untuk membantu wanita dan anak-anak yangkurang bernasib baik

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem Tamil[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Watak Genre Nota
2010 Vinnaithaandi Varuvaayaa Nandhini romantik musikal Penampilan Cameo
2010 Baana Kaathadi Priya Romantik
2010 Moscowin Kavery Kaveri Thangavelu Drama Romantik
2011 Nadunisi Naaygal pesakit mental thriller psikologi Penampilan Tetamu
2012 Naan Ee Bindhu Fantasi
2012 Neethaane En Ponvasantham Nithya Vasudevan Drama Romantik Anugerah FilmFare India Selatan bagi Pelakon Wanita terbaik-Tamil
Anugerah Vijay bagi Pelakon Wanita Terbaik
2013 Theeya Velai Seiyyanum Kumaru Gadis cantik Komedi Penampilan Cameo
2014 Anjaan Jeeva Aksi
2014 Kaththi Ankitha Aksi
2015 10 Endrathukulla Shanthi seru jalanan
2015 Thanga Magan Yamuna Drama Romantik
2016 Bangalore Naatkal Grace Drama Komedi
2016 24 Fiksyen Sains Belum Ditayangkan
2016 Theri Aksi Belum Ditayangkan
2016 Brahmotsavam Drama Belum Ditayangkan
2017 Vada Chennai Belum Ditayangkan

Filem Telugu[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Watak Genre Nota
2010 Ye Maaya Chesave Jessie Thekekuttu romantik musikal Anugerah FilmFare India Selatan bagi Debut Terbaik-Telugu
2010 Brindavanam Indu Komedi Romantis Watak Sampingan
2011 Dookudu Prashanthi Aksi-Komedi
2012 Eega Bindhu Fantasi Anugerah FilmFare India Selatan bagi Pelakon Wanita Terbaik (Telugu)
2012 Yeto Vellipoyindhi Manasu Drama Romantik
2013 Seethamma Vakitlo Sirimalle Chettu Geetha Drama
2013 Jabardasth Shreya Komedi Romantik
2013 Something Something Gadis cantik Komedi Penampilan Cameo
2013 Attarintiki Daredi Sashi Drama Keluarga
2013 Ramayya Vasthavayya Akarsha Aksi
2014 Manam Krishna Veni,Priya Drama
2014 Autonagar Surya Sirisha Drama
2014 Alludu Seenu Anjali Komedi
2014 Rabhasa Chitti Massala
2015 S/O Satyamurthy Saammeera Drama
2016 A Aa Anasuya Ramalingam Komedi Romantis Belum Ditayangkan
2016 Brahmotsavam Drama Belum Ditayangkan

Filem Hindi(Bollywood))[sunting | sunting sumber]

  • Ekk Deewana Tha (2012-Penampilan Khas)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Year Award Category Film Result
2011 Anugerah CineMAA Best Female Debut Ye Maaya Chesave Menang
Anugerah Filemfare India Selatan ke-58 Pelakon Wanita Tebaik dalam Filem Telugu Tercalon
Best Female Debut Menang
Anugerah Nandi Anugerah Khas Juri Menang
Anugerah Filem TSR TV9 Heroin Terbaik Menang
Vijay Awards Best Debut Actress Baana Kaathadi Tercalon
2012 Anugerah Filmfare India Selatan ke-59 ]Pelakon Wanita Tebaik dalam Filem Telugu Dookudu Tercalon
Anugerah Filem Antrabangsa India Selatan Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
2013 Anugerah Majalah Vikatan Best Actress Neethaane En Ponvasantham Menang
Vijay Awards Anugerah Vijay untuk Pelakon Wanita Terbaik Menang
Anugerah Filem TSR TV9 Pelakon Wanita Terbaik Eega Menang
Anugerah CineMAA Pelakon Terbaik Menang
Anugerah Filem Antrabangsa India Selatan Anugerah SIMMA untuk Pelakon Terbaik Tercalon
Neethaane En Ponvasantham Tercalon
60th Anugerah Filmfare India Selatan ke-60 Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem Tamil Menang
Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem Telugu Eega Menang

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chowdhary, Y. Sunita (12 May 2012). "Away from the rat race". The Hindu. Dicapai pada 11 November 2012.
  2. ^ "Happy Birthday, Samantha". Indiaglitz. Dicapai pada 11 November 2012.
  3. ^ , Sam "Samantha Christens herself Yashodha!" Check |url= value (bantuan). Entertainment.oneindia.in. 2008-08-25. Dicapai pada 2012-07-31.
  4. ^ a b Written by Administrator (2012-02-14). "Samantha Biography, Samantha Ruth Prabhu Biography, Samantha Ruth Prabhu Profile, Samantha Height". Teluguvanitha.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-26. Dicapai pada 2012-07-31.