Sameer Dattani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sammir Dattani
Sameer Dattani.jpg
Sammir Dattani di Bash Always Kabhi Kabhi
Kelahiran (1982-01-27) 27 Januari 1982 (umur 36)
Bengaluru, Karnataka, India
Nama lain Dhyan
Pekerjaan Pelakon filem
Tahun aktif 2000–kini

Sammir Dattani (Bahasa Gujarati: સમીર દત્તાની), juga dikenali sebagai Dhyan (Bahasa Kannada: ಧ್ಯಾನ್) (dalam industri filem Kannada),[1] ialah seorang pelakon filem India yang berlakon dalam Bollywood, Industri Filem Hindi dan Sandalwood, Industri Filem Kannada.

Karier[sunting | sunting sumber]

Karier filem Hindi Dattani bermula di Rajshri Productions. Filem Hindi pertamanya Uuf Kya Jaadoo Mohabbat Hai diikuti oleh Corporate arahan Madhur Bhandarkar dan Life Mein Kabhie Kabhie arahan Vikram Bhatt serta Pyar Mein Twist. Dalam filem Hindi Mukhbir, yang diarahkan oleh Mani Shankar, Dattani memegang watak utama sebagai pemberi maklumat polis yang menyamar.

Dattani muncul dalam filem berbahasa Kannada Nanna Preethiya Hudugi memberikannya anugerah pelakon baru terbaik di selatan India.[petikan diperlukan]. Selain Monalisa, dia juga muncul dalam filem Kannada lain termasuklah Amruthadhare. Filem berbahasa Tamil pertama Dattani, yang diterbitkan oleh Gemini Films, ialah Kutty bersama Shreya Saran.

Shyam Benegal turut berlakon dalam filem Well Done Abba (2010) di samping Boman Irani dan Minissha Lamba. Selepas tayangan perdana di festival-festival filem antarabangsa di Montreal, Dubai dan London, filem itu diterbitkan secara komersial pada 26 Mac 2010.[2]

Dattani muncul dalam I Hate Luv Storys terbitan Dharma Production yang diterbitkan pada 2 Julai 2010.

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Kannada[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak
2001 Nanna Preethiya Hudugi Putto
2004 Monalisa Dhyan
2005 Jootata Sanju
2005 Amrithadhare Puru
2007 Sajni Vikram
2008 Neene Neene Abhisekh
2010 Huduga Hudugi Sachin
2014 O manase TBA
2015 Mathuranagari TBA

Tamil[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak
2010 Kutty Arjun Devanayagam

Hindi[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Catatan
2004 Uuf Kya Jaadoo Mohabbat Hai Yash
2005 Pyaar Mein Twist Sanjay
2006 Corporate Anmol Rawat
2007 Life Mein Kabhie Kabhiee Jai Gokhale
2008 Dhoom Dadakka Ranbir/Kamal shankar
2008 Mukhbiir Mukhbir
2009 Mallika Saahil
2010 Well Done Abba Arif
2010 I Hate Luv Storys Raj
2010 42 Kms Tidak diketahui
2015 8 TBA Akan diterbitkan pada Jun 2015

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]