Samgyetang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Samgyetang
KOCIS Korea Malbok Samgyetang 03 (9493375058).jpg
Jenis Guk
Tempat asal Korea
Bahan utama Ayam, ginseng Korea
di Wikibuku Buku Masakan: Samgyetang  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Samgyetang
Samgyetang
Hangul 삼계탕 / 계삼탕
Hanja / 鷄蔘湯
Perumian Semakan samgyetang / gyesamtang
McCune–Reischauer samgyet'ang / kyesamt'ang

Samgyetang (Sebutan bahasa Korea: [sʰamɡjetʰaŋ]) yang bermaksud ginseng (kor. insam) - ayam (kor. gye) - sup (kor. tang). Ia mengandgungi seekor ayam secara seluruh tanpa dipotong - diisi dengan bawang putih dan nasi -, daun bawang dan rempah, antaranya jujube dan ginseng Korea .[1]

Kebiasaan[sunting | sunting sumber]

Samgyetang ialah sup panas untuk hari-hari panas semasa musim panas. Ia sangat popular pada hari-hari sambok (삼복), iaitu tiga hari dalam kalendar lunar — Chobok (초복), Jungbok (중복), dan Malbok (말복) - yang merupakan hari yang paling panas dan paling berlengas di Korea.[1][2] Turut menjadi kepercayaan orang Korea untuk memakan sup ini tiga kali sepanjang tempoh tersebut untuk kesihatan yang baik.

Terdapat restoran khusus di Korea Selatan yang menghidangkan samgyetang semata-mata, mendapat populariti tempatan melalui resepi istimewa mereka, yang sering dijadkan rahsia. Makanan ini lazimnya disertakan hidangan sampingan dan, di sesetengah restoran, sebotol kecil insamju (wain ginseng).[3][4]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Dalam Kantonis, ia diterjemahkan sebagai yun sum gai tong. Dalam budaya Cina, seperti juga budaya Korea, sup ini dipercayai dapat mengelakkan penyakit. Satu-satunya perbezaan antara kedua-dua budaya ialah dalam budaya Cina, ginseng bukan dimakan oleh orang yang sakit kerana dipercayai ginseng akan menyekat penyakit itu dalam badan seseorang.[5]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Hyosun Ro. "Samgyetang (Ginseng Chicken Soup)". Korean Bapsang. Dicapai pada 2014-12-25. 
  2. ^ (Korea) Boknal at Encyclopedia of Korean Culture
  3. ^ (Korea) Taste, this taste, Sports Khan, 2009-06-08. Retrieved 2010-07-06.
  4. ^ (Korea) Nutritious foods of summer and wine, Maekyung, 2009-07-07.Retrieved 2010-07-06.
  5. ^ Chan, Derek (January 14, 2012). "Samgyetang: Korean Ginseng Chicken Soup". Dining4two.blogspot.com. Dicapai pada 15 November 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]