Sammo Hung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sammo Hung
SammoHung.jpg
Sammo Hung di acara Festival Filem Antarabagsa Toronto 2005
Nama Cina 洪金寶 (Tradisional)
Nama Cina 洪金宝 (Ringkas)
Pinyin Hóng Jīnbǎo (Mandarin)
Jyutping Hung4 Gam1-bou2 (Kantonis)
Keturunan Ningbo, Zhejiang, China
Lahir (1952-01-07) 7 Januari 1952 (umur 66)
Hong Kong
Nama lain 元龍 (Yuen Lung)
朱元龍 (Chu Yuen Lung)
大哥大 (Dai Goh Dai)
Pekerjaan Pelakon, pengarah, penerbit, koreografi aksi, penulis skrip, pengarah filem
Tahun aktif 1961- sekarang
Pasangan Jo Yun Ok (1973–1994)
Joyce Godenzi (1995–sekarang)
Anak Timmy Hung Tin Ming
Jimmy Hung Tin Cheung
Sammy Hung Tin Chiu
Stephanie Hung Chao Yu

Sammo Hung (lahir pada 7 Januari 1952) juga dikenali sebagai Hung Kam-bo (洪金寶) merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit filem Hong Kong yang terkenal kerana banyak bekerja dalam filem seni bela diri dan Filem aksi Hong Kong. Beliau pernah menjadi koreografi aksi untuk beberapa pelakon terkenal seperti Bruce Lee, Jackie Chan, King Hu, Stephen Chow dan John Woo.

Tahun-tahun awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan dengan nama Hong Jin-bao di Hong Kong, kedua-dua ibu bapanya bekerja dalam industri filem tempatan dan beliau dibesarkan oleh datuk neneknya.

Hung menyertai Akademi Opera Mahaguru Yu Jim Yuen pada tahun 1959 selepas datuk neneknya mendapat tahu tentang pusat pengajian itu daripada kawan-kawan mereka. Hung, yang dikenali sebagai Yuen Lung dalam kumpulan Tujuh Untung Nasib Kecil kemudian menimbulkan persaingan persahabatan dengan salah satu murid yang lebih muda, Yuen Lo. Yuen Lo tidak lain dan tidak bukan daripada bintang handalan antarabangsa, Jackie Chan. Hung meninggalkan Akademi ini selepas mengalami kecederaan yang mengakibatkannya terlantar di katil untuk tempoh yang lama. Semasa itu, beratnya bertambah dengan pesat. Selepas mencari kerja dalam industri filem sebagai pelagak ngeri, beliau diberikan nama samaran sempena nama watak kartun Cina yang termasyhur, Sam-mo (Tiga Lembar Rambut).

Pada tahun 1988, Hung membintangi dalam filem Alex Law, Muka-muka Tercat (Painted Faces), suatu cerita dramatik tentang pengalaman-pengalamannya di Sekolah Opera Peking. Antara latihan-latihan yang ditonjolkan dalam filem itu ialah banyak libas belakang akrobatik, serta dirian tangan berjam-jam yang dilakukan pada dinding. Walaupun terdapat juga sebilangan latihan dan hukuman fizikal yang lebih kejam yang ditonjolkan dalam filem tersebut, Hung dan ahli-ahli kumpulan Tujuh Untung Nasib Kecil yang lain menganggap filem itu sebagai versi pengalaman mereka yang telah dilembutkan.

Karier filem[sunting | sunting sumber]

1960-an dan 1970-an[sunting | sunting sumber]

Hung muncul dalam banyak filem kanak-kanak pada dekad 1960-an, tetapi tidaklah sehingga dekad 1970-an bahawa kerjayanya bermula dengan sungguh-sungguh. Hung mula bekerja untuk Raymond Chow dan syarikatnya, Golden Harvest, dan pada mula-mulanya diupah untuk mengkoreograf Pedang Pantas (The Fast Sword) (1970). Tidak lama kemudian, kepopularan Hung mula bertambah. Disebabkan oleh mutu koreografi serta pendekatannya yang berdisiplin terhadap tugas, beliau menarik perhatian King Hu, pengarah Taiwan yang termasyhur. Hung mengkoreograf salah dua buah filem Hu: Sedikit Zen (A Touch Of Zen) (1971), serta Nasib Lee Khan (The Fate Of Lee Khan) (1973). Juga pada tahun 1973, beliau dinampak dalam filem klasik terakhir Bruce Lee, Masuknya Naga (Enter the Dragon). Dalam permulaan filem itu, Hung ialah murid Shaolin yang disemukakan oleh Bruce Lee.

Pada tahun 1977, Hung muncul buat pertama kali sebagai pengarah dalam filem, Sami Yang Mempunyai Penumbuk Besi (The Iron Fisted Monk). Selepas kejayaan Jackie Chan dengan filemnya, Pesilat Agung Yang Mabuk (Drunken Master) (1978), Hung dijadualkan untuk membuat filem Pembantai Yang Mulia (Magnificent Butcher) (1979). Filem ini bukan sahaja serupa dengan filem Jackie dari segi jalan cerita, tetapi juga menonjolkan Yuen Siu Tien (juga dikenali sebagai Simon Yuen) yang berlakon dalam filem Jackie tersebut. Kerana lebih tua, Sammo dianggap akan mengatasi Jackie dari segi kepopularan. Malangnya, semasa membuat filem itu, Yuen Siu Tien mati, akibat serangan sakit jantung, dan digantikan oleh Hoi San Lee. Adalah mungkin bahawa jualan tiket kemudian yang tidak memuaskan diakibatkan oleh ketiadaan Yuen.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]