Samsaidi Haji Ulong Idris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eddie
Kelahiran
Samsaidi bin Haji Ulong Idris

(1968-03-23) 23 Mac 1968 (umur 56)
Nama lainEddie Wings
PekerjaanBassist
Tahun aktif1985–kini
PasanganNorlela Mohd Yusof (k. 1991)
Anak-anak4
IbuHajjah Rahmah
BapaHaji Ulong Idris Mohd Yussof
Kerjaya muzik
GenreHard rock, pop rock, heavy metal, glam rock
InstrumenBass
Syarikat rakaman
  • BMG Music
  • Awie Entertainment
Pengkarya berkait
Wings, Ella, Ziana Zain, Erra Fazira, Kristal, Datuk M. Nasir
Eddie Wings

Samsaidi Haji Ulong Idris atau lebih dikenali Sebagai Eddie adalah merupakan pengasas Wings sebagai ketua dan pemain bass, sebuah kumpulan rock yang terkenal di Malaysia.

[1] Pada tahun 1991, beliau telah berkahwin dengan pasangannya, Norlela Mohd Yusof.

Hasil dari rumah tangga yang mereka bina, pasangan tersebut dikurniakan empat orang cahaya mata. Namun, anak bongsu pasangan ini meninggal dunia ketika berusia 28 hari. Anak-anak pasangan itu ialah Nur Najmi Nadhira, Nur Najmi Nabila dan juga Mohd Aidil Hidayat.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Samsaidi bin Haji Ulong Idris atau lebih dikenali sebagai Eddie Wings telah dilahirkan pada 23 Mac 1968 di Gopeng, Perak. Eddie merupakan anak Ketiga daripada lima adik-beradik. Ayah beliau Haji Ulong Idris bin Mohd Yussof, juga merupakan anak kelahiran Gopeng.

Ibu Eddie ialah Hajjah Rahmah. Hasil perkahwinan Haji Ulong Idris bersama Hajah Rahmah, mereka telah dikurniakan 6 orang anak iaitu:

  1. Samsul bin Ulong Idris
  2. Samsuri bin Ulong Idris
  3. Samsaidi bin Ulong Idris
  4. Kelana bin Ulong Idris
  5. Mawar binti Ulong Idris
  6. Melor binti Ulong Idris

Pada tahun 2015, anak perempuan Eddie yang bernama Nur Najmi Nabila atau lebih dikenali sebagai Billa telah terpilih menjadi salah seorang pelajar Akademi Fantasia 2015. Billa berjaya melangkah ke pentas akhir Akademi Fantasia 2015, seterusnya beliau meraih tempat ketiga di dalam pertandingan nyanyian itu.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebagai anggota tertua Wings, Eddie merupakan pengasas dan ketua pemain gitar Bass untuk kumpulan tersebut. Sejak beliau bergelar artis dengan menubuhkan kumpulan Wings dan juga sebagai pemain bass di Kuala Lumpur, beliau adalah anggota tertua Wings yang paling setia dan kekal hingga kini. Sebagai rekod, beliau belum pernah keluar atau berkubur dari Wings dan tidak pernah menganggotai mana-mana kumpulan muzik yang lain.

Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album di bawah label ASP dan nama Wings dipilih sebagai nama kumpulan ini.

Wings bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka yang berjudul Belenggu Irama yang dikeluarkan pada tahun 1987. Ketika muzik rock mula mendapat tempat di hati peminat muzik tanahair, sudah pasti kemunculan Wings menghangatkan arena muzik rock pada ketika itu. Wings tampil dengan kelainan tersendiri dengan muzik yang dibawakan oleh mereka cukup mantap walaupun ini merupakan album pertama kumpulan itu. Eddie turut membintangi beberapa filem seperti putera dan Wings Dalam Superstars.

Rujukan[sunting | sunting sumber]