San Francisco Pride

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Sambutan Perarakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Tansjantina San Francisco, atau lebih dikenali sebagai "San Francisco Pride" dalam bahasa Inggeris, merupakan perarakan dan fiesta tahunan yang disambut pada setiap akhir bulan Jun di San Francisco, California untuk memperingati komuniti lesbian, gay, biseksual, transjantina dan rakan sekutu komuniti. Sambutan San Francisco Pride Ke-44 pada tahun 2014 telah mencatatkan penyertaan sebanyak 200 lebih kontijen perarakan dan dianggap sebagai perhimpunan komuniti lesbian, gay, biseksual, transjantina dan rakan sekutu komuniti yang terbesar di Amerika Syarikat oleh laman web rasmi perarakan tersebut.