Sandakan Harbour Square

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sandakan Harbour Square (Bahasa Melayu : Dataran Pelabuhan Sandakan) adalah projek pembaharuan bandar di atas tanah tambak laut di bandar Sandakan. Ialah adalah sebuah projek yang terdiri daripada pembinaan sebuah pasar umum baharu, pejabat, lot-lot kedai, esplanade tepi laut, hotel butik dan sebuah pusat membeli belah yang berhubung dengan sebuah hotel berkelas antarabangsa.

Sandakan Harbour Square
LokasiSandakan
AlamatHarbour Square, 90000, Sandakan, Sabah.
StatusSiap sepenuhnya
Dibina2003
Anggaran siap2012
KegunaanPembangunan bercampur/Mixed development
Laman sesawanghttps://harbourmallsandakan
Companies
ArkitekMAA Architect
PemajuICSD Ventures Sdn. Bhd.
PengurusIreka
Technical details
KosRM240 Juta
Saiz13 ekar

Geografi[sunting | sunting sumber]

Dibina secara strategik menghadap ke Laut Sulu, projek ini dianggap sebagai pusat perniagaan baharu di bandar ini.

Sebelum ini, terdapat sebuah pusat konvensyen di tingkat 11 bangunan Harbour Mall. Selepas beberapa tahun ianya diubah menjadi sebuah pawagam.

Hotel yang bersambung kepada pusat membeli belah tersebut sebelum ini diurus oleh Starwood dibawa jenama Four Points by Sheraton. Walaubagaimanapun, hotel tersebut telah ditutup pada bulan Mei 2020 diatas sebab permintaan yang kurang ke atas servis hotel tersebut.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Sandakan Harbour Square ialah usaha sama diantara Majlis Perbandaran Sandakan dan Ireka. Pemaju projek ini ialah ICSD Ventures Sdn Bhd anak syarikat Ireka Corporation Bhd bersekutu dengan Aseana Properties Ltd yang disenaraikan di London.

Pembinaan projek ini bermula pada tahun 2003.


Projek ini terdiri dari pada 4 fasa yang siap pada waktu yang berbeza. Pasar Umum Sandakan siap pada tahun 2006 selepas majlis pecah tanah pada tahun 2004 oleh Ketua Menteri Sabah pada masa itu Tan Sri Musa Aman.

Selepas beberapa bulan pasar umum yang baharu tersebut siap, pasar umum yang lama kemudiannya dirobohkan bagi menaiktaraf kawasan kepada bangunan pejabat dan lot-lot kedai yang baharu.

Pemandangan bangunan Harbour Square dalam fasa pembinaan.

Fasa 2 melibatkan bangunan pejabat kedai 3 dan 4 tingkat siap sepenuhnya pada tahun 2009. Selain itu, Sandakan Harbour Square juga menerima anugerah di Asia Pacific Property Award dalam kategori pembangunan semula komersial.


Pembinaan pelan utama Sandakan Harbour Square iaitu Harbour Mall bermula pada tahun 2008. Ia kemudiannya siap dan dibuka kepada umum pada tahun 2012. Pusat membeli belah itu dianggap sebagai pusat membeli belah moden yang pertama di Sandakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]