Sandra Mason

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sandra Mason

Sandra Mason at Remembrance Day Parade and Service 20191110.jpg
Mason tahun 2019
Presiden Barbados terlantik
Memegang jawatan
30 November 2021
Perdana MenteriMia Mottley
MenggantikanJawatan ditubuhkan
(Elizabeth II sebagai Ratu Barbados)
Gabenor Jeneral Barbados ke-8
Memegang jawatan
8 Januari 2018
RajaElizabeth II
Perdana MenteriFreundel Stuart
Mia Mottley
Didahului olehSir Elliott Belgrave
Philip Greaves (acting)
Butiran peribadi
LahirSandra Prunella Mason
(1949-01-17) 17 Januari 1949 (umur 74)
Saint Philip, Barbados
Parti politikIndependent
Anak-anak1
PendidikanUniversiti Hindia Barat Cave Hill (LLB)
Hugh Wooding Law School (LEC)

Dame Sandra Prunella Mason, GCMG, DA, QC (lahir 17 Januari 1949) ialah seorang peguam dan negarawati Barbados. Beliau merupakan Gabenor Jeneral negara tersebut sejak dari 2018. Dengan terbubarnya sistem pemerintahan beraja, negara tersebut menjadi sebuah republik pada 30 November 2021 dan beliau telah beralih jawatannya sebagai Presiden Barbados .[1][2][3][4][5]

Pada 12 Oktober 2021, Sandra Mason telah dicalonkan oleh Perdana Menteri, Mia Mottley dan Ketua Pembangkang Joseph Atherley untuk menjadi Presiden Barbados. Pada 20 Oktober beliau telah dipilih sebagai presiden oleh pihak kerajaan dan pembangkang walaupun pengundian dalam kalangan rakyat tidak diadakan. Mason memulakan perkhidmatan pada 30 November 2021 dan pada hari yang sama dengan ulang tahun kemerdekaan yang ke-55 negara tersebut. Walaupun beliau secara nominal ketua eksekutif dan merupakan ketua tunggal negara di Barbados, secara praktikal peranan beliau kebanyakannya adalah upacara sahaja, sama seperti peranannya sebelum ini sebagai Gabenor Jeneral.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Governor General Dame Sandra named first president-elect". Loop Barbados. Dicapai pada 21 October 2021.
  2. ^ "New G-G named". Barbados Advocate (dalam bahasa Inggeris). 28 December 2017. Dicapai pada 27 July 2020.
  3. ^ "Sandra Mason to be new Governor General". www.nationnews.com (dalam bahasa Inggeris). 27 December 2017. Dicapai pada 6 February 2021.
  4. ^ "Congrats to the new GG". www.nationnews.com (dalam bahasa Inggeris). 29 December 2017. Dicapai pada 6 February 2021.
  5. ^ Agard, Rachelle; Amanda Lynch-Foster (8 January 2018). "New Governor General Dame Sandra Mason installed". www.nationnews.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 February 2021.