Sandro Tonali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sandro Tonali
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (2000-05-08) 8 Mei 2000 (umur 23)
Tempat lahir Lodi, Itali
Ketinggian 1.81 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Brescia
Nombor 4
Kerjaya remaja
2009–2012 Piacenza
2012–2017 Brescia
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2017– Brescia 76 (6)
Pasukan kebangsaan
2018 Itali B19 12 (0)
2019– Itali B21 5 (0)
2019– Itali 3 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21 Februari 2020
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18 November 2019

Sandro Tonali (lahir 8 Mei 2000) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Serie A, Brescia dan pasukan kebangsaan Itali.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Tonali melakukan penampilan sulungnya untuk Brescia pada 26 Ogos 2017 semasa beliau berusia 17 tahun dengan beraksi sebagai pemain gantian pada perlawanan Serie B menentang Avellino.[1] Pada 28 April 2018, beliau menjaringkan gol pertama dalam kariernya ketika menentang Salernitana pada perlawanan Serie B. Beliau seterusnya melakukan 19 penampilan liga pada musim sulungnya sebagai seorang pemain profesional di samping menghasilkan dua gol dan membantu dua jaringan gol pada musim itu.

Pada musim seterusnya, Tonali merangkul kejuaraan Serie B bersama Brescia sekali gus memperoleh kenaikan ke Serie A. Beliau merupakan tonggak utama Brescia pada sepanjang musim itu.[2]

Beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie A pada 25 Ogos 2019 ketika berusia 19 tahun dalam aksi kemenangan 1-0 ke atas Cagliari.[3] Pada 29 September, beliau membantu jaringan Mario Balotelli daripada sepakan penjuru semasa menentang Napoli. Beliau juga menjaringkan gol pada perlawanan itu melalui satu rembatan padu daripada luar kotak penalti tetapi jaringan beliau tidak disahkan oleh VAR berikutan faul yang dilakukan oleh rakan sepasukannya, Dimitri Bisoli ke atas pemain lawan Nikola Maksimović. Pasukannya mengalami kekalahan 2-1 di gelanggang lawan.[4] Beliau menjaringkan gol sulungnya di Serie A pada 26 Oktober melalui sepakan percuma dari jarak jauh lalu menghasilkan gol pembukaan permainan pada aksi menentang Genoa.[5][6]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Bersama pasukan bawah-19 Itali, beliau telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah 2018 dengan melangkah ke perlawanan akhir kejohanan sebelum tewas 4-3 kepada Portugal selepas masa tambahan.

Pada November 2018, beliau telah dipanggil untuk menyertai skuad senior buat kali pertama oleh pengurus Roberto Mancini.[7]

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Itali pada 21 Mac 2019 dalam perlawanan persahabatan menentang Asutria yang berkesudahan terikat seri tanpa jaringan di Trieste.[8] Beliau telah mewakili pasukan bawah-21 Itali ke Kejohanan Eropah 2019.[9]

Selepas mewakili pasukan bawah-21 Itali semasa menentang Ireland pada 10 Oktober 2019, beliau telah dipanggil untuk menyertai skuad senior Itali sekali lagi pada hari berikutnya untuk menghadapi perlawanan kelayakan UEFA Euro 2020 menentang Greece dan Liechtenstein.[10] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior Itali pada 15 Oktober dengan menjadi pemain gantian semasa menewaskan Liechtenstein 5-0 di Vaduz.[11] Beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Itali buat kali pertama pada penampilan berikutnya pada 15 November ketika mengalahkan Bosnia dan Herzegovina 3-0 di gelanggang lawan.[12]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 21 Februari 2020.[13]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Brescia 2017–18 19 2 0 0 19 2
2018–19 34 3 0 0 34 3
2019–20 23 1 1 0 24 1
Jumlah kerjaya 76 6 1 0 77 6

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 18 November 2019.[14]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2019 3 0
Jumlah 3 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Brescia

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Game Report by Soccerway". Soccerway. 26 August 2017.
  2. ^ Rahaman, Vijay (26 July 2019). "Brescia back in business". Football Italia. Dicapai pada 25 September 2019.
  3. ^ "Juventus and Milan dealt blow as Brescia will keep Tonali". www.calciomercato.com. 26 August 2019. Dicapai pada 25 September 2019.
  4. ^ "Napoli 2 - 1 Brescia". Football Italia. 29 September 2019.
  5. ^ "Juventus held to draw at Serie A struggler Lecce". TSN. 26 October 2019. Dicapai pada 26 October 2019.
  6. ^ "3 subs, 3 goals as Motta's Genoa debut goes to plan". The Score. 26 October 2019. Dicapai pada 26 October 2019.
  7. ^ "Nazionale di calcio: Mancini convoca Tonali, Balotelli resta fuori" (dalam bahasa Italian). BsNews. 9 November 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "A Trieste è pari contro l'Austria: buona la prima mezz'ora dell'Italia ma il match finisce a reti bianche". figc.it (dalam bahasa Itali). FIGC. 21 March 2019. Dicapai pada 16 October 2019.
  9. ^ "Parte l'avventura europea: Di Biagio ufficializza la lista dei 23 Azzurrini". figc.it (dalam bahasa Itali). FIGC. 6 June 2019. Dicapai pada 13 April 2020.
  10. ^ "Italy promote Tonali to seniors". Football Italia. 11 October 2019. Dicapai pada 12 October 2019.
  11. ^ "Historic manita in Liechtenstein". Football Italia. 15 October 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-28. Dicapai pada 16 October 2019.
  12. ^ "Italy: Dominant display in Bosnia". Football Italia. 15 November 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-11-15. Dicapai pada 15 November 2019.
  13. ^ "Sandro Tonali". Soccerway. Dicapai pada 29 January 2019.
  14. ^ "Tonali, Sandro" (dalam bahasa Italian). FIGC. Dicapai pada 16 October 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "Under-19 EURO team of the tournament". UEFA. Dicapai pada 8 February 2019.
  16. ^ "Gran Galà del calcio AIC 2018: Icardi il miglior giocatore 2017-2018. Tutti i premi" (dalam bahasa Italian). sport.sky.it. 3 December 2018. Dicapai pada 3 December 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ "Gran Gala del Calcio 2019 winners". Football Italia. 2 December 2019. Dicapai pada 2 December 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad Brescia Calcio