Sang Wira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Sang Wira.jpg

Sang Wira merupakan satu siri animasi tempatan Malaysia yang pernah di siarkan di RTM 1 pada akhir tahun 90an (1997-1999). Karakternya cukup popular di kalangan kanak-kanak dan ia menjadi alternatif kepada siri animasi luar yang begitu popular sebelum ini dangan penerbitan sehingga musim ketiga.

Sambutan terhadap Sang Wira memperlihatkan bidang penerbitan animasi negara ini mempunyai masa depan yang cerah. Malah pada masa yang sama ia melangkah melampaui sempadan bangsa dan budaya kerana bersifat universal dan diterima oleh semua golongan kanak-kanak.

Siri animasi Sang Wira diterbitkan oleh Urusan Jutakira. Siri Sang Wira yang telah memasuki musim ketiga turut mempelbagai dan menambah karakter di dalamnya.

Ini termasuklah karektor seperti Bayu, Bakau, Bara dan Badai yang mempunyai kuasa sakti untuk membantu Sang Wira menghapuskan petualang yang ingin memusnahkan bumi iaitu Salamander, Madura dan Merah.

Penambahan dan kepelbagaian karakter itu dibuat untuk memberi kelainan kepada setiap musim Sang Wira agar ia tidak hambar dan sama dengan musim terdahulu. Karakter Sang Wira kali ini dilihat lebih universal kerana ia ditugaskan untuk membantu menyelamatkan bumi. Namun, unsur-unsur peperangan di dalam Sang Wira tidak bermotif ganas dan kejam kerana gambaran sedemikian tidak bersesuaian dengan kanak-kanak.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]