Sangkak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sangkak penyu

Sangkak bermaksud semua telur yang dihasilkan sekali gus oleh burung, amfibia, atau reptilia, terutamanya di dalam sarang.

Bagi burung, kemusnahan sangkak oleh pemangsa (atau dirampas oleh manusia) menyebabkan haiwan bersangkak ganda untuk menggandakan pengeluaran telur spesies demi kemandirian spesies.

Jumlah telur dalam sangkak amat bergantung kepada spesies, biarpun yang sama genus. Mungkin juga berbeza-beza dalam spesies yang sama disebabkan banyak faktor termasuk habitat, kesihatan, nutrisi, ancaman pemangsa dan musim.[1] Variasi bilangan telur juga boleh mencerminkan variasi dalam usaha pembiakan optimum. Spesies yang panjang umur selalunya kurang telur daripada yang pendek umur. Evolusi bilangan telur sangkak turut dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti pertelingkahan induk dengan anak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lack, David (1947): The significance of clutch-size (part I-II).