Sannakji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sannakji
Nama Korea
Hangul산낙지
Perumian Semakansannakji
McCune–Reischauersannakchi

Sannakji atau sannakji hoe adalah sejenis hoe, atau hidangan mentah, dalam masakan Korea. Ia mengandungi nakji hidup (hangul: 낙지, kurita kecil) yang telah dipotong kepada kepingan kecil dan disaji dengan serta-merta, biasanya diperisakan dengan bijan dan minyak bijan. Kepingan nakji biasanya masih menggeletik dalam pinggan dan piring dan dimakan hidup-hidup. Bayi kurita hidup juga boleh dihidangkan secara keseluruhan.[1]

Memakan[sunting | sunting sumber]

Disebabkan sedutan pada lengan masih aktif apabila dihidangkan, hati-hati adalah perlu apabila memakan sannakji. Sedutan aktif boleh menyebabkan lengan yang ditelan itu melekat pada mulut dan tekak.[2] Ini juga boleh menyebabkan bahaya tercekik bagi sesetengah orang, terutama jika mereka mabuk.

Perbezaan bahasa[sunting | sunting sumber]

Perbendaharaan kata di kedua-dua negara Korea berbeza bagi nakji: Korea Selatan memanggil kurita kecil nakji, manakala Korea Utara memanggil sotong nakji (nakchi dalam perumian McCune–Reischauer).

Kelaziman[sunting | sunting sumber]

Sannakji dihidangkan di restoran Korea s yang menghidang hirisan ikan mentah, tetapi ia juga boleh didapati di bar sebagai snek untuk mengiringi minuman beralkohol, seperti soju.

Bahaya[sunting | sunting sumber]

Beberapa kejadian tercekik dengan Sannakji telah dilaporkan. Salah satu kejadian terbaru berlaku di Gwangju.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Joe Warwick. "The truth about Noma's live prawn dish". the Guardian.
  2. ^ "Eight controversial foods from around the world". The Times of India.
  3. ^ Yonhap News 2008-01-21 광주서 산낙지 먹다 기도막힌 사고 잇따라

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]