Pergi ke kandungan

Santa Sarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Santa Sarah
Santa Sara
Tempat pemuliaan Saintes-Maries-de-la-Mer
Sarah si Hitam, Kali Sara
Dihormati olehKristen
Tempat keramatSaintes-Maries-de-la-Mer, Prancis
Hari perayaan24 Mei
NaunganOrang Roma

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Santa Sarah, juga dikenali sebagai Sara-la-Kâli atau dalam bahasa Romani disebut Sara e Kali (bermaksud "Sara yang Hitam"), adalah Santo penaung masyarakat Roma. Beliau sangat dihormati terutamanya di Saintes-Maries-de-la-Mer, sebuah bandar di wilayah Camargue, Selatan Perancis, yang menjadi pusat ziarah bagi komuniti Roma. Legenda menyebutkan bahawa dia ialah pelayan salah satu dari Ketiga Maria, yang bersama mereka diduga tiba di Camargue. .Santa Sarah juga berbagi nama dengan dewi Hindu Kali yang merupakan dewi popular di wilayah utara India, tempat asal orang Roma. Nama "Sara" sendiri terlihat dalam jolokan Durga sebagai Kali dalam teks terkenal Durgasaptashati. Beberapa penulis dan penyelidik melihat pemujaan dan upacara terhadap Sarah dalam tradisi Romani mempunyai persamaan dengan pemujaan Kali di India, tempat asal nenek moyang Romani.

Asal-usul dan Lagenda

[sunting | sunting sumber]

Menurut lagenda, Sarah adalah pembantu berkulit gelap kepada salah seorang daripada Tiga Maria yang tiba di Gaul (kini Selatan Perancis) selepas penganiayaan awal umat Kristian sekitar tahun 42 Masihi. Maria yang dilayani biasanya dipanggil Maria Yakobus. Sarah berasal dari Berenice Troglodytica, sebuah bandar di Mesir yang dahulu merupakan sebahagian daripada wilayah Rom.

Ada juga cerita yang mengatakan Sarah adalah ketua suku Romani di tebing Sungai Rhône dan seorang wanita dermawan yang membantu orang dengan mengutip sedekah. Kewujudannya mula dicatat secara bertulis dalam buku karya Vincent Philippon pada tahun 1521.[1]



Tradisi Ziarah dan Perayaan

[sunting | sunting sumber]
Mandi ritual selama ziarah Romani di Saintes-Maries-de-la-Mer.

Hari ziarah bagi menghormati Santa Sarah adalah pada setiap 24 Mei di Saintes-Maries-de-la-Mer. Pada hari tersebut, patung beliau dibawa ke laut dalam satu perarakan upacara untuk memperingati kedatangannya di Perancis. Salah satu upacara penting ialah mandi ritual yang dipercayai membawa berkat dan perlindungan.

Beberapa penulis menarik persamaan antara upacara ziarah dengan pemujaan terhadap dewi Hindu Kali (bentuk Durga), lalu mengenal pasti kedua-duanya sebagai berkaitan. Ronald Lee (2001) menyatakan

"Jika kita membandingkan upacara-upacara yang dilakukan di Perancis di tempat suci Sainte Sara (dikenali sebagai Sara e Kali dalam bahasa Romani), kita akan sedar bahawa pemujaan terhadap Kali/Durga/Sara telah dipindahkan ke sosok Kristian... di Perancis, kepada seorang ‘santa’ yang sebenarnya tidak wujud bernama Sara, yang sebenarnya merupakan sebahagian daripada pemujaan Kali/Durga/Sara dalam kalangan kumpulan-kumpulan tertentu di India."

  1. ^ "Myth 101 – Saint Sarah – OPUS Archives and Research Center". 15 February 2011.
  • de Ville, Franz, Traditions of the Rom in Belgium, Brussels, 1956.
  • Droit, Michel, Carmague. Ernest and Adair Heimann (trans.). London: George Allen and Unwin, 1963.
  • Fonseca, Isabel, Bury Me Standing: The Gypsies and Their Journey. New York: Knopf, 1996.
  • Kinsley, David R. Hindu Goddesses: Visions of the Divine Feminine in the Hindu Religious Tradition.' Berkeley: University of California Press, 1988.
  • Lee, Ronald, "The Rom-Vlach Gypsies and the Kris-Romani", in: Walter Weyrauch (ed.), Gypsy Law: Romani Legal Traditions and Culture, Berkeley: University of California Press, 2001.
  • McDowell, Bart, Gypsies: Wanderers of the World', Washington: National Geographic Society, 1970.
  • Weyrauch, Walter, "Oral Legal Traditions of Gypsies", in: Walter Weyrauch (ed.), Gypsy Law: Romani Legal Traditions and Culture, Berkeley: University of California Press, 2001.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]