Santo Marinus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Santo Marinus
Meninggal366 (traditional)
Dihormati olehGereja Katolik Roma
Gereja Ortodoks Timur[1]
Tempat keramatBasilica of Saint Marinus
Hari perayaanSeptember 3
AtributDepicted as a bearded layman with a stonemason's hammer; also depicted as a young deacon with a hammer; depicted serving as a deacon to Saint Leo the Great or Gaudentius of Rimini; two oxen near him.
NaunganSan Marino

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Santo Marinus merupakan seorang tokoh dalam agama Kristian yang mengasaskan sebuah gereja dan biara pada tahun 301 M. Kependudukan ini menjadi asas kepada negara mikro republik San Marino yang wujud pada hari ini.[2]

Beliau diraikan mazhab-mazhab gereja Katolik Rom dan Ortodoks Timur sebagai seorang tokoh utama dan santo mereka.

Riwayat ringkas[sunting | sunting sumber]

Marinus dikatakan seorang tukang batu datang pulau Arba di Laut Adriatik (kini Rab milik Croatia, then part of the Roman Empire) yang memeluk agama Kristian. Beliau melarikan dari daripada tentera Empayar Roma diperintah Diocletian yang menyeksa para penganut agama tersebut.

Marinus dilantik Gaudentius sebagai uskup Rimini namun beliau dituduh seorang wanita gila sebagai kononnya suami yang meninggalkannya, maka beliau sekali lagi berpindah ke Monte Titano di mana beliau membina suatu biara dan hidup sebagai seorang pertapa;[2] ada juga cerita yang menyatakan beliau pernah berdakwah kepada para abdi di Rimini tetapi menjadi hilang arah - lalu beliau melarikan diri setelah menyedari kesilapannya. Kesohoran Marinus mula menarik perhatian sehingga banyak orang mengikuti jejaknya dan bertapak atau menduduki kawasan sekitar biara itu; lama-kalamaan seorang wanita kaya dan tuan tanah kaki Titano mennghadiahkan gunung tersebut kepada Marinus.[3]

Beliau dikatakan meninggal dunia pada musim sejuk tahun 366 Masihi dengan kata-kata terakhirnya: "Relinquo vos liberos ab utroque homine" - "Aku tinggalkan kamu [tanah milikku] bebas dari dua orang itu": yakni merujuk kepada Maharaja Roma (yang menaungi Empayar Roma) dan Paus (yang menaungi Negeri-Negeri Paus), keadaan ini menjadi ilham kepada pembentukan negara San Marino yang wujud pada hari ini.[4]

Hari perayaan[sunting | sunting sumber]

Beliau dirayakan pada 3 September yang dikatakan sebagai penubuhan biara yang menjadi asas kepada negara San Marino, ia juga menjadi tarikh hari kebangsaan negara ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.orthodoxengland.org.uk/oestmari.htm
  2. ^ a b Radovan Radovinovič, The Croatian Adriatic Tourist Guide, pg. 127, Zagreb (1999), ISBN 953-178-097-8
  3. ^ Hamilton, J. Arnott (1923). "The republic of san marino". The Scottish Geographical Magazine. 4 (39): 244-245.
  4. ^ {{cite journal=The Republic of San Marino|first1=William|last1=Miller|work=The American Historical Review|wolume=6|number=4|date=Julai 1901|page=633–649|url=Link to journal. Link to copy of paper.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]