Sao Chingcha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Binaan Sao Chingcha di Bangkok

Sao Chingcha (Bahasa Thai: เสาชิงช้า, Mengenai audio inipronunciation ) ialah suatu binaan berupa buaian terletak menghadap Wat Suthat di Phra Nakhon, Bangkok, Thailand.

Buaian ini digunakan untuk suatu upacara memuja dewa Shiva diadakan dalam kalangan golongan pendeta iaitu Triyampawai; ia memperingati penceritaan di mana naga-naga melingkari gunung-gunung Bumi ciptaan Brahma untuk menambat ia - tiang-tiang buaian ini dilihat sebagai perlambangan gunung-ganang disebut sementara tapak bulatnya bumi dan lautan. Upacara ini juga menjadi antara tempat utama pertabalan Raja Thailand.[1]

Acara buaian ini pernah dilangsungkan secara tahunan sehingga 1935 di mana ia dihentikan atas faktor keselamatan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Upendra Thakur (1986). Some Aspects of Asian History and Culture. Abhinav. m/s. 27–28. ISBN 978-81-7017-207-9.
  2. ^ M. E. Manickavasagam Pillai (1986). Dravidian Influence in Thai Culture. Tamil University. m/s. 69.