Saraf spina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian


Saraf spina ialah saraf campuran yang membawa isyarat motor, deria dan autonomik di di antara saraf tunjang dan badan. Badan manusia memiliki 31 pasang saraf spina, satu di setiap belah turus vertebra. Saraf-saraf ini dibahagikan kepada bahagian serviks (lapan pasang), toraks (12 pasang), lumbar (lima pasang), sakrum (lima pasang) dan koksiks (sepasang) pada tunjang.[1] Saraf-saraf spina adalah tergolong dalam sistem saraf periferi.

Kepentingan perubatan[sunting | sunting sumber]

Otot-otot yang dikawal akar spina ialah miotom saraf, dan dermatom ialah kawasan penyarafan deria di kulit bagi setiap saraf spina. Kecedraan (lesi) pada satu atau lebih akar saraf membawa kepada kecacatan-kecacatan neurologi lazim (kelemahan otot, sensasi abnormal, perubahan refleks) yang membolehkan kedudukan lesi dikenal pasti.

Beberapa kaedah digunakan dalam stimulasi saraf sakrum bagi rawatan gangguan-gangguan berkait. Siatika biasanya berlaku akibat pemampatan saraf-saraf lumbar L4 atau L5, atau saraf-saraf sakrum S1, S2 atau S3, atau pemampatan saraf siatum sendiri.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Spinal Nerves". National Library of Medicine. Dicapai pada 12 April 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]