Sarah Fazny

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Sarah Fazny
Nama lahirMaishara Fazny binti Mahadzir
Kelahiran (1995-01-19) 19 Januari 1995 (umur 27)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2014–kini
Syarikat rakaman
  • Indigital
  • Broadway NuMusic
Pengkarya berkait
Awi Rafael, Ammar Habir, Iman Imran, Aepul Roza, Carya Band, Fiq Halim

Maishara Fazny Mahadzir (lahir 19 Januari 1995) atau lebih terkenal sebagai Sarah Fazny merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1][2] Beliau mula dikenali sewaktu menyertai rancangan realiti Mentor Legend sebagai anak didik legenda rock, Amy Search, di mana beliau berjaya memenangi tempat ketiga. Sarah merakamkan single pertamanya, "Tak Mungkin" yang dikeluarkan pada 2015.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sarah Fazny mula menunjukkan minat terhadap muzik seawal usia 9 tahun dan bakatnya mula dicungkil semasa sekolah menengah. Beliau juga pernah menerima undangan membuat persembahan di pelbagai majlis.[petikan diperlukan]

Pada tahun 2014, Sarah menyertai Mentor Legend sebagai anak didik Amy Search dan menjadi peserta kumpulan A.[4][5] Antara peserta yang terlibat termasuk Sandra Dianne dan Aina Abdul. Beliau tersingkir di konsert minggu kedua, namun diserap semula sekaligus memenangi tempat ketiga pada konsert minggu kelapan.[6]

Sarah mengikat kontrak bersama syarikat rakaman Indigital dan muncul bersama single pertama, "Tak Mungkin".[7][8][9] Beliau bersama Ronnie Hussein ialah dua daripada 16 pasangan duet penyanyi yang mengambil bahagian dalam rancangan realiti Duo Star di Astro Ria, namun tersingkir di konsert minggu kelima.[10][11]

Kerjaya Sarah di Indonesia bermula pada 2018 apabila beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 6 peserta Malaysia yang mengambil bahagian dalam rancangan realiti D'Academy Asia musim keempat, peserta lain termasuk Wani Kayrie dan Fauziah Gambus.[12][13][14][15][16][17][18]

Beliau melancarkan single terbarunya, "Mantankan Saja" hasil nukilan komposer Indonesia, Faishal Rizal manakala liriknya ditulis oleh Sarah sendiri.[19][20] Beliau berhasrat ingin melibatkan diri dalam bidang lakonan.[21] Pada September 2020, Sarah merakamkan lagu bertajuk "Ayuh Kita Merdeka" menampilkan duet bersama Awi Rafael.[22]

Mentor Legend[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai persembahan Sarah dalam Mentor Legend:

Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Pengenalan "Skyfall" Adele TERSINGKIR
Minggu 2 DISERAP SEMULA
Minggu 3 Solo & Duet "Chandelier"
"Fantasia Bulan Madu" (duet bersama Amy Search)
Sia Furler
Search
SELAMAT
Minggu 4 "Matahariku"
"Meniti Titian Usang" (duet bersama Search)
Agnez Mo
Search
SELAMAT
Minggu 5 "Merisik Khabar"
"Bang Bang"
Sudirman
Ariana Grande & Nicki Minaj
SELAMAT
Minggu 6 Separuh Akhir: Medley "I'm Telling You I'm Not Going"
"I Have Nothing"
"Asmaradana"
Jennifer Hudson
Whitney Houston
Tiara Jacquelina
SELAMAT
Minggu 7 "Single Ladies"/"Love On Top"
"Tunggu Sekejap"
Beyoncé Knowles
P. Ramlee
SELAMAT
Minggu 8 Grand Finale "Isabella"/"Pawana" (duet bersama Amy Search)
"Dangerously in Love"
"Tanpa Kekasihku"
"Ikut Rentakku"/"Mercy" (duet bersama Atilia Haron)
Search
Beyonce
Agnez Mo
Jaclyn Victor
Duffy
TEMPAT KETIGA

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sarah dilahirkan dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor dan mempunyai adik-beradik seramai 15 orang.[23] Beliau ialah adik kepada peserta Suara Viral, Mohd Firdhaus Mahadzir.[24]

Beliau mendedahkan dalam satu temubual bersama Harian Metro bahawa akaun Instagram miliknya telah digodam.[25] Beliau turut mendakwa penggodam itu turut menghubunginya menerusi WhatsApp yang menuntutnya membayar RM200 sekiranya mahukan kembali akaun Instagramnya, Sarah bagaimanapun tidak melayan ugutan tersebut.[26]

Beliau turut bergiat aktif meniaga soto dan cookies homemade.[27][28] Selain itu beliau juga baru memulakan perniagaan peruncitan pakaian SarahFaznyResources.[petikan diperlukan]

Beliau mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Zahieroun Zahid pada 1 Oktober 2021.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tajuk Tahun
"Tak Mungkin" 2015
"Urusan Hati" 2017
"Kali Ketiga" ft. Fiq Mentor dan Carya Band 2019
"Mantankan Saja"
"Ayuh Kita Merdeka" (duet bersama Awi Rafael) 2020

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Mentor Legend Dirinya sendiri/peserta TV3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaidi Mohamad (25 Februari 2020). "Sarah Fazny putus asa tak popular". Berita Harian. Dicapai pada 1 Oktober 2020.
  2. ^ Kamaruddin Razal (2 September 2020). "Hampir 6 tahun dalam bidang nyanyian, Sarah Fazny akui belum ada rezeki". Astro Gempak. Dicapai pada 1 Oktober 2020.
  3. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (1 November 2015). "Sarah minta ruang". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-03. Dicapai pada 18 Disember 2015.
  4. ^ Rudy Imran Shamsuddin (26 Julai 2015). "Mereka mampu cipta nama". Harian Metro. Dicapai pada 18 April 2020. Sarah atau Maishara Fazny Mahadzir berkata, selepas meninggalkan Mentor Legend, dia tidak lagi bersama dengan Amy Search, sebaliknya membuat keputusan untuk menguruskan kerjaya seninya sendiri.
  5. ^ Rudy Imran Shamsuddin (28 Disember 2014). "Sarah tidak boleh rasa selesa". Harian Metro. Dicapai pada 2 Oktober 2015.
  6. ^ Syafil Syazwan Jefri (27 April 2017). "Sarah mahu lebih mesra". Harian Metro. Dicapai pada 2 Oktober 2017.
  7. ^ Feride Hikmet Atak (11 September 2015). "Tiga artis Mentor Legend lancar single baharu". mStar Online. Dicapai pada 6 November 2015.
  8. ^ Michelle Gun (22 September 2015). "Impian tiga gadis terkabul". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-11. Dicapai pada 2 Oktober 2015.
  9. ^ "Sarah Fazny masih belum cukup ilmu dalam kerjaya nyanyian". Astro Gempak. 17 November 2016. Dicapai pada 2 Oktober 2017.
  10. ^ Duo Star: Ronnie Hussein, Sarah Fazny tersingkir. Astro Awani. 29 Januari 2017. Dicapai pada 2 Oktober 2017.
  11. ^ Dennis Chua (5 Disember 2016). "Duo Star: The power of two takes centre stage on Astro Ria" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 2 Oktober 2017.
  12. ^ "Sarah Fazny bawa diri ke Jakarta". XTRA. 18 Julai 2018. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  13. ^ "Sarah Fazny popular di Indonesia". XTRA. 12 Disember 2018. Dicapai pada 2 Oktober 2019.
  14. ^ Rudy Imran Shamsuddin (19 Oktober 2018). "Martabat irama tradisi". Harian Metro. Dicapai pada 2 Oktober 2019.
  15. ^ Khai Azfar (23 Oktober 2018). "Wani Kayrie & Sarah Fazny antara 6 peserta Malaysia di D'Academy Asia 4". Murai.my. Dicapai pada 2 Oktober 2019.
  16. ^ "Sarah sahut cabaran Liga dangdut". Berita Harian. 12 September 2018. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  17. ^ "Dangdut Academy Asia 4: Sarah Fazny terharu dipuji Mas Idayu" (dalam bahasa Indonesia). Planet Dangdut. 22 Oktober 2018. Dicapai pada 2 Oktober 2019.
  18. ^ "Sarah tunggu lampu hijau Liga Dangdut". Berita Harian. 17 Julai 2018. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  19. ^ Norhayati Nordin (9 April 2020). "Bercinta nanti dulu!". Harian Metro. Dicapai pada 2 Oktober 2020.
  20. ^ Norhayati Nordin (9 April 2020). "Cabar diri tulis lirik". Harian Metro. Dicapai pada 2 Oktober 2020.
  21. ^ Syafil Syazwan Jefri (17 Januari 2020). "Sarah mahu cuba berlakon". Harian Metro. Dicapai pada 2 Oktober 2020.
  22. ^ Fatin Farhana Ariffin (4 September 2020). "Lamaran Awi Rafael". Berita Harian. Dicapai pada 2 Oktober 2020.
  23. ^ Jemang Rahman (24 Jun 2016). "Sarah (Mentor Legend) belum sedia bercinta kerana 15 beradik". mStar Online. Dicapai pada 2 Oktober 2016.
  24. ^ Zulhilmi Jalil (10 Jun 2020). ""Saya memang rapat dengan Sarah Fazny" - Peserta Suara Viral, Boy dedah protege Amy Search sebenarnya..." Astro Gempak. Dicapai pada 2 Oktober 2020.
  25. ^ Syafil Syazwan Jefri (7 Februari 2019). "Instagram Sarah Fazny digodam lagi". Harian Metro. Dicapai pada 2 Oktober 2019.
  26. ^ Syafil Syazwan Jefri (7 Januari 2019). "Dah godam minta duit pula..." Harian Metro. Dicapai pada 2 Oktober 2019.
  27. ^ Zaidi Mohamad (26 April 2020). "Sarah niaga soto cari duit belanja". Berita Harian. Dicapai pada 2 Oktober 2020.
  28. ^ "Anak didik Amy Search, Sarah Fazny meniaga soto sepanjang PKP, terima tempahan memberangsangkan". Oh Media!. 27 April 2020. Dicapai pada 2 Oktober 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]