Sarah Joan Mokhtar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sarah Joan Mokhtar
KelahiranSarah Joan Mokhtar
(1983-07-16) 16 Julai 1983 (umur 36)
KewarganegaraanMalaysia Malaysia

Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka

Sarah Joan Mokhtar (lahir 16 Julai 1983) mula menonjolkan bakatnya dalam bidang kartun dan komik melalui majalah Ujang ketika beliau baru berusia 14 tahun( Komik Awek Aspuri ).Ketika itu beliau masih belajar di sekolah asrama penuh Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18. Beliau cenderung dalam bidang ilustrasi, komik dan terbabit dengan memberi nasihat dan konsultasi servis art dan design yang menghubungi beliau. Karya beliau Elysium Saga turut disiarkan oleh Majalah G3 dan turut ditampilkan di laman webnya.

A cartoon centipede reads books and types on a laptop.
Komik Awek Aspuri(Ujang)

Beliau juga sangat cenderung dalam bidang ilustrasi, komik dan sedang menghasilkan beberapa buku kanak-kanak dan juga seni mural yang boleh dilihat di Bangsar Village II ( Marmalade Cafe dan Kitsch Boutique).[1] Beliau dikomisyenkan untuk menghasilkan mural 1Malaysia sepanjang 18 kaki untuk Balai Seni Lukis Negara sebagai salah seorang pemenang Pertandingan Catan Mural Kontemporari. Beliau berjaya menyiapkan karya tersebut ketika sarat mengandung 9 bulan.

[[Image: Rekabentuk dan illustrasi cover dan dalaman album kumpulan muzik Disagree ( To Keep The Earth From Moving with You )diilhamkan dan dilukis oleh beliau. Album tersebut telah dicalonkan oleh Anugerah Industri Muzik Malaysia untuk dua anugerah iaitu Album Cover Terbaik dan Album Inggeris Tempatan Terbaik

Pendidikan : Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Gurney, KL / Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam / S.R.K Hicom , Shah Alam/ S.M.K Alam Megah , Shah Alam/ S.M.K Seksyen 18 , Shah Alam/ Universiti Teknologi Mara.

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

  • Siri Komik Awek Aspuri diterbitkan dalam majalah Ujang 1998 ketika beliau 14 tahun dan masih bersekolah asrama penuh ( Episode Pertama : Edisi Bumper Merdeka 1998 )
  • Outstanding Mention Nokia Awards 2006
  • Memenangi pertandingan Malaysian Digital Comic 2006.
  • Komik beliau pernah dipamerkan di Pameran Cartoon Art (Malaysia) dan Notthatbalai Art Festival 2007
  • Dipilih untuk mewakili Malaysia dalam International Comic Asia-Europe Comic Project di London.[2]
  • Menghasilkan mural 1Malaysia sepanjang 18 kaki untuk Balai Seni Lukis Negara sebagai salah seorang pemenang Pertandingan Catan Mural Kontemporari.
  • Best Album Cover of the Year 2010 Anugerah Industri Muzik Malaysia Nominee. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]