Sarah Michelle Gellar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sarah Michelle Gellar
Sarah Michelle Gellar by David Shankbone.jpg
Gellar di Festival Filem Tribeca pasa Mei 2007.
Kelahiran
Sarah Michelle Gellar

(1977-04-14) 14 April 1977 (umur 44)
Nama lainSarah Michelle Prinze
PekerjaanPelakon, penerbit
Tahun aktif1981–kini
PasanganFreddie Prinze, Jr. (2002–kini)
Anak2

Sarah Michelle Prinze (lahir 14 April 1977) ialah seorang pelakon dan penerbit Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan wataknya sebagai Buffy Summers dalam siri televisyen Buffy the Vampire Slayer yang memenangi enam anugerah Teen Choice Awards dan Saturn Award sebagai Pelakon Televisyen Terbaik dan menerima pencalonan dalam Anugerah Golden Globe. Beliau juga memenangkan Anugerah Emmy Daytime menerusi wataknya sebagai Kendall Hart dalam drama All My Children. Selain itu beliau juga membintangi filem-filem Scooby-Doo (2002), Harvard Man (2001), Cruel Intentions (1999), The Return (2006), The Grudge (2004), The Grudge 2 (2006), I Know What You Did Last Summer (1997), dan Scream 2 (1997).[1][2][3]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di New York City, anak tunggal kepada Rosellen Greenfield dan Arthur Gellar. Ibu bapanya berketurunan Yahudi. Pada tahun 1984 ibu bapanya bercerai dan beliau dibesarkan oleh ibunya di Upper East Side. Beliau mula membintangi filem dan iklan sejak berusia 4 tahun.

Gellar berkahwin dengan Freddie Prinze Jr. pada 1 September 2002. Gellar menukar namanya kepada Sarah Michelle Prinze pada 2007. Pasangan ini dikurniakan dua anak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Vary, Adam B. (November 14, 2014). "The 100 Greatest Characters of the Last 20 Years: Here's our full list!". Entertainment Weekly. Dicapai pada June 22, 2020.
  2. ^ Potts, Kim (November 14, 2014). "100 Most Memorable Female TV Characters". AOL TV. Diarkibkan daripada yang asal pada July 2, 2015. Dicapai pada July 20, 2012.
  3. ^ "Sarah Michelle Gellar". Boxofficemojo.com. Dicapai pada August 14, 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]