Sarawak Media Group

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sarawak Media Group (atau lebih dikenali sebagai SMG) merupakan sebuah agensi penyiaran media & penstriman digital separa kerajaan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak serta dipegang hak milik oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM). Mediacorp Pte. Ltd. dan British Broadcasting Corporation merupakan rakan strategik baharu Sarawak Media Group (SMG). SMG juga merupakan agensi penyiaran media yang terbaik di negeri Sarawak, serta mendapat sokongan penuh dari semua agensi media tempatan dan juga semua agensi media antarabangsa. Buat masa ini, hanya TVS sahaja yang masih beroperasi ketika ini. SMG mula ditubuhkan secara rasmi pada 10 April 2018.

Sarawak Media Group (SMG)
JenisMedia & penyiaran separa kerajaan
Ditubuhkan10 April 2018
Stesen TVTVS
Pendapatan RM 795.58 juta
Ibu pejabatLG12, Lower Ground Floor, Mall 2, CityOne Megamall, No.1, Jalan Song, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia
Kawasan siaran
Malaysia
Singapura
Indonesia
Brunei
Thailand
Filipina
Australia Barat
Australia Utara
NegaraMalaysia
WilayahSarawak
Pemilik
Orang penting
Suhaimi Sulaiman (Presiden & CEO Sarawak Media Group)
Laman sesawang
www.smg.my

Senarai saluran televisyen Sarawak Media Group (SMG)[sunting | sunting sumber]

Saluran TV Genre / Format rancangan
TVS Memfokuskan mengenai rancangan berunsurkan bual bicara terkini, perkembangan berita terkini, filem dokumentari terkini, program realiti pencarian bakat nyanyian & lakonan, dan program kembara eksporasi. Selain itu, terdapat juga sebahagian program drama tempatan Sarawak, rancangan komedi lokal dan rancangan animasi terkini.