Sarena Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sarena Hashim
Latar belakang
Nama lahirSarena Hashim
Berasal dariPulau Pinang, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1970-an
Syarikat rakaman
EMI
Laman sesawang
[1]

Sarena Hashim, anak kelahiran Pulau Pinang ini merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai dan juga pelakon sekitar era 1970-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sarena memulai kerjaya seninya dengan memasuki pertandingan Bintang Radio pada tahun 1966, namun tidak berjaya menyerlah, cuma mendapat tempat naib johan, Bahagian Langgam, di peringkat negeri Pulau Pinang. Dia tidak patah semangat, sebaliknya terus berusaha sehingga mendapat peluang merakamkan lagu ke piring hitam. Album pertamanya dikeluarkan pada tahun 1970 memuatkan dua buah lagu iaitu Mimpiku dan Panggillah Daku.

Kedua lagu tersebut berjaya mengangkatnya sebagai penyanyi yang diminati. Suaranya yang lembut dan manja menjadikan lagu-lagunya satu kelainan.

Selepas itu, sebuah demi sebuah EP dan LP dihasilkannya. Antara lagu yang mendapat tempat ialah Ku Inginmu Jua, Dua Kali Dua, Setiap Masa, Menanti Malam Tiba, Kanda dan Dinda, Bersama dan banyak lagi.

Antara pengalaman manis yang dikecapinya ialah berpeluang ke India atas undangan EMI India, di mana dia diberi kesempatan bertemu banyak pelakon dan penyanyi popular negara itu.

Sarena juga pernah menjadi pilihan pengarah Jins Shamsuddin untuk membintangi filem Menanti Hari Esok dengan melakonkan watak antagonis.

Bagaimanapun, di tengah-tengah popularitinya, dia menimbulkan kejutan kepada para peminatnya apabila memilih untuk melangsungkan perkahwinan dengan berkahwin kali kedua dengan anak pengarah terkenal Datuk L. Krishnan. [1]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

EP Setiap Masa

Single[sunting | sunting sumber]

  • SARENA (1970)

LP[sunting | sunting sumber]

  • Ku Datang Lagi
  • Sejak Kau Pergi
  • Dua Kali Dua (1976)
  • Kenalan Pertama (1977)

EP[sunting | sunting sumber]

  • Harapan Bersama (1970)
  • Aku Rela Kembali (1971)
  • Persembahan Ku (1971)
  • Bersama Menunggu (1972)
  • Jumpa Sekejap (1973)
  • Jauh di Mata (1974)
  • Setiap Masa (1975)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Mimpi Ku
  • Panggillah Daku
  • Ku Ingin Mu Jua
  • Kau Ku Puja
  • Di Malam Ini
  • Mengapa
  • Bersama
  • Joget Riang Ria
  • Kalong Emas
  • Tanyalah Pada Ku
  • Jauh Di Mata
  • Malam Keramaian
  • Joget Sayang Suami
  • Sepatah Kata
  • Jumpa Sejejap
  • Pujian Yang Palsu
  • Ikut Zaman
  • Mengapa Merajuk
  • Bila Bermula
  • Peminat Ku
  • Joget Hitam Manis
  • Erti Cinta
  • Ingin Berkenalan
  • Bahagia
  • Doa Hamba Di Rantau
  • Kirimkan Berita
  • Jangan Menangis
  • Harapan Bersama
  • Bayangan Menjelma
  • Teruna Jiran Tetangga
  • Aku Rela Kembali
  • Maaflah Daku
  • Dunia
  • Semalam Di Kota
  • Setiap Masa
  • Kenangan Manis
  • Kanda Dan Dinda
  • Bergembira
  • Ku Datang Lagi
  • Hingga Akhir Nanti
  • Sejak Kau Pergi
  • Desakan Membawa Derita
  • Nasib Pengembara
  • Dua Kali Dua
  • Hilang Duka
  • Gurindam Jiwa
  • Pilehan Ku
  • Mengapa Harus Berjumpa
  • Selamat Tinggal
  • Kenapa Harus Bersembunyi
  • Trila Trila Sayang
  • Cita Cita Ku
  • Tangisan Sunyi
  • Kenalan Pertama
  • Kenangan
  • Ku Puja Nama Mu
  • Temasya
  • Kalau Hati Sudah Sayang
  • Malam Minggu
  • Pergilah Sayang
  • Dua Tiga Boleh Ku Cari
  • Inang Pulau Kampai
  • Kau Bukan Milik Ku
  • Menanti Malam Tiba
  • Kerana Kau

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Telefilem[sunting | sunting sumber]

  • Potret Pekerti
  • Drama - "Wajah Wanita"
  • Drama Khas - Hari Buruh
  • "Yang Mana Satu"
  • Lawak Jenaka - (Dalam Rancangan TV "SARENA" - Hiburan Malam Minggu)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sarena beri tumpuan pada perniagaan Utusan Malaysia Online

Pautan luar[sunting | sunting sumber]