Sarip Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sarip Ali merupakan seorang pemimpin Melayu di Tawau ketika era penjajahan Kerajaan Inggeris di Tawau. Mula menjadi pemimpin pada tahun 1905. Setelah Penghulu Puado ( diktiraf sebagai pemimpin masyarakat ) meninggal dunia pada tahun 1902, tiada yang dirasakan layak menjadi pengganti beliau sehinggalah Sarip Ali muncul. Beliau dianggap sebagai calon pengganti yang paling sesuai. ( Rujuk : Buku : Tawau The Making of a Tropical Community , Ken Gotlet , 2010 , Opus Publication ).

Gelaran “KETUA SULUK[sunting | sunting sumber]

Diberi gelaran 'Suluk Chief'. Dipilih menjadi pemimpin kerana masyarakat Melayu Suluk adalah komuniti terbesar di dalam masyarakat Melayu di Tawau ketika itu. Beliau mendapat kepercayaan Brtish untuk mewakili masyarakat tempatan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1912 dan Habib Sheikh dipilih menggantikan beliau sebagai pemimpin dalam masyarakat Tawau.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Buku : Tawau The Making of a Tropical Community , Ken Gotlet , 2010 , Opus Publication.