Saroja Theavy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Saroja Theavy
Kelahiran
Saroja Theavy a/p Balakrishnan

(1962-04-07) 7 April 1962 (umur 62)
PekerjaanPenulis

Saroja Theavy a/p Balakrishnan adalah seorang penulis dari Malaysia. Beliau dilahirkan pada 7 April 1962 di Alor Setar, Kedah.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Bersekolah di Sekolah Rendah Haji Mohd. Shariff dan Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Setar. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi - bidang Linguistik, Sastera dan Komunikasi dan Diploma Pendidikan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kepong Baru, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah, Shah Alam.Kini beliau menyiapkan tesis sarjana dalam bidang kesusasteraan dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Beliau menjurus kepada penulisan cerpen untuk bacaan umum, remaja, dan kanak-kanak. Semasa di UKM beliau berjinak-jinak dengan cerpen dan puisi.Beliau menjadi wartawan akhbar Nadi Bangi (akhbar keluaran Jabatan Komunikasi, UKM). Semasa mula bertugas sebagai guru, cerpen yang berjudul “Bukit Sikikih Mengaum” mendapat hadiah sagu hati dalam Pertandingan Menulis Cerpen, anjuran Jabatan Pendidikan Wilayan Persekutuan (1987). Antara kejayaan besar yang diraih ialah kejayaan mendapat tempat pertama daripada lebih 450 buah cerpen dalam Pertandingan Menulis Cerpen Formula Malaysia 2000.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  1. Hadiah Penghargaan Hadiah Cerpen Utusan Melayu 2000, bagi kategori cerpen dewasa.
  2. Hadiah Penghargaan dalam Peraduan Menulis Cerpen Kanak-kanak- Anjuran Kementerian Alam Sekitar, 2000.
  3. Tempat Pertama dalam Peraduan Menulis Cerpen Formula Malaysia, 2000.
  4. Tempat Pertama dalam Peraduan Menulis Cerita Kanak-kanak Kategori Bahasa Melayu Tahap 1, Kementerian Pendidikan Malaysia 1999. (sempena Hari Guru)
  5. Hadiah Utama, Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank, kategori Cerpen Remaja, 1998.
  6. Hadiah Penghargaan dalam Hadiah Cerpen Maybank-DBP VII, 1996.
  7. Tempat Kedua dalam Hadiah Cerpen Maybank-DBP VII, 1996.
  8. Hadiah Penghargaan dalam Hadiah Cerpen Maybank-Kategori B, 1994/95.
  9. Tempat Kedua dalam Peraduan Menulis Cerpen DBKL-BBP, sempena 100 tahun Kuala Lumpur, 1990.
  10. Tempat Pertama dalam Hadiah Cerpen Maybank-DBP IV, 1991.
  11. Tempat Kedua dalam Hadiah Cerpen Maybank-DBP II, 1989.
  12. Hadiah Penghargaan dalam Hadiah Cerpen Maybank-DBP I, 1988.
  13. Hadiah Penghargaan dalam Pertandingan Menulis Cerpen Remaja - Anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, 1988.[1]

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Keinginan kecil di celah daun : kumpulan cerpen ; Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003.
  2. Gemerlapan  ; Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.

Rujukan[sunting | sunting sumber]