Sarugaki Hiyori

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Watak Bleach
Hiyori vizard.JPG
Sarugaki Hiyori
Peranan Bekas Leftenan shinigami daripada divisyen 12.
Tarikh lahir 14 Julai
Zanpakutō Kubikiri Orochi
Seiyū Tidak diketahui
Pelakon suara latar Reiko Takagi

Sarugaki Hiyori adalah seorang shingami perempuan yang merupakan bekas Leftenan Skuad 12 dan kaptennya ialah Urahara Kisuke. Dia juga serang Vizard sama seperti Hirako Shinji dan yang lain.


Watak dan Perwatakan[sunting | sunting sumber]

Hiyori merupakan seorang gadis kecil, berambut perang dan panas baran. Dia berambut tocang dan seringkali memakai pakaian senaman merah (yang bercorakkan kanji nama pertamanya) ketika dia tinggal di dunia sebenar. Dia juga mempunyai taring kecil di bahagian kiri mulutnya. Hiyori gemar membuli Hirako Shinji, seringkali dengan menamparnya dengan seliparnya. Begitu juga ketika dia menjadi leftenan Skuad 12, dia tidak mengiktiraf Urahara Kisuke sebagai kaptenya yang baru dan selalu memukul dan membuatkan Urahara seperti orang yang lemah. Dia amat marah kepada Urahara kerana telah mengambil Kurotsuchi Mayuri sebagai pembantu Urahara dan dia hanya menjadi orang suruhan sahaja. Topeng hollow Hiyori berupa seperti badak sumbu, dengan satu tanduk yang jelas di tengah-tengah dahinya. Dia telah mengambil masa yang paling lama untuk mengalahkan hollow dalamannya dikalangan vizard yang lain (kecuali Ichigo, yang mempunyai rekod masa yang hampir sama dengannya), direkodkan selama 69 minit dan 2 saat. Dia juga membenci sangat kepada Aizen Sōsuke kerana membuatkan dirinya mencederakan rakan-rakannya bukan kerana Aizen telah mengkhianati mereka sebagai shinigami.

Kubikiri Orochi[sunting | sunting sumber]

Kubikiri Orochi merupakan nama zanpakuto Hiyori dan ayat untuk mengaktifkan zanpakutonya ialah "tukang daging" (肉屋,nikuya). Pada pelepasan awal zanpakutonya kelihatan seperti parang pemotong daging yang besar dan mempunyai enam gerigi di bilahnya. Kebolehannya tidak diketahui kerana dia tidak pernah menggunakan kuasa pedangnya ketika berlawan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]