Pergi ke kandungan

Sasterawan Negara Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Sasterawan Negara)
Anugerah Sastera Negara
Semasa: Anugerah Sastera Negara 2022
JenisAnugerah kesusasteraan
NegaraMalaysia
Disampaikan olehDewan Bahasa dan Pustaka Sunting nilai ini di Wikidata
Kali pertama1981 Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sasterawan Negara Malaysia merupakan anugerah yang diberikan kepada mereka yang menyumbang dalam bidang sastera bahasa Melayu di Malaysia. Anugerah Sastera Negara yang pertama diadakan pada tahun 1981.

Anugerah Sastera Negara dipilih oleh Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara yang ditunjangi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemenang akan menerima wang tunai RM30,000 dan pelbagai kemudahan menjalani kehidupan dan berkarya. Sejak tahun 2003, nilai hadiah ini telah ditambah menjadi RM60,000 di samping kemudahan menerbitkan karya sehingga mencecah RM500,000.[1]

Senarai penerima anugerah Sasterawan Negara Malaysia

[sunting | sunting sumber]
  1. 1981: (Dr) Kamaludin Muhammad atau Keris Mas
  2. 1982: Prof. Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad
  3. 1983: Datuk (Dr.) Usman Awang
  4. 1985: Datuk (Dr.) A. Samad Said
  5. 1987: (Dr.) Muhammad Dahlan Abdul Biang atau Arena Wati
  6. 1991: Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh
  7. 1993: Datuk Noordin Hassan
  8. 1996: Datuk Abdullah Hussain
  9. 2003: Prof. Madya Dr. Syed Othman Syed Omar atau S. Othman Kelantan
  10. 2009: Dato' Dr. Anwar Ridhwan
  11. 2011: Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala
  12. 2013: Datuk Baha Zain
  13. 2015: Datuk Dr. Zurinah Hassan
  14. 2019: Prof. Dr. Siti Zainon Ismail
  15. 2022: Dato' Rahman Shaari

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]