Satanisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bintang pentagram terbalik seringkali dikaitkan dengan Satanisme.

Satanisme merupakan istilah umum yang merujuk kepada beberapa kumpulan kepercayaan Barat yang merangkumi pelbagai kepercayaan falsafah dan ideologi yang pelbagai. Antara ciri-ciri yang dikongsi bersama dalam satanisme termasuk mengagungkan Iblis berserta dengan sifat-sifatnya yang sering dikaitkan sebagai kemuncak pemberontakan. Kepercayaan ini turut mengutamakan beberapa makhluk-makhluk yang serupa di mana kesemuanya dianggap sebagai 'tokoh pembebasan' manusia.

Setan dalam Paradise Lost, sebagai digambarkan oleh Gustave Doré.

Gerakan ini mula diketengahkan selepas 'Zaman Kesedaran' atau Age of Enlightenment di Eropah. Di sini, Iblis telah disebut dalam sebuah syair bertajuk Paradise Lost hasil nukilan penyair abad ke 17 bernama John Milton. Ramai ilmuwan zaman Romantisme menganggap Iblis sebagai melambangkan krisis kepercayaan, individualisme, kebebasan memilih, kesedaran rohani. Karya yang jelas melambangkan Setan sebagai watah hero amat jarang wujud tetapi ada; George Bernard Shaw, dan Mark Twain (contoh. Letters from the Earth) memasukkan ciri-ciri tersebut dalam karya mereka lama sebelum kepercayaan Satanisme mula berkarya. Sejak itu dan seterusnya, Setan dan Satanisme mula mempunyai erti baru di luar kepercayaan Kristian.[1] Perlu diingat disini bahawa satanisme adalah satu bid'ah yang berasal dari golongan pemikir Barat yang memang telah sedia terpesong akidah dari landasan kebenaran.

Walaupun satanisme mula diamalkan secara terbuka pada tahun 1966 dengan tertubuhnya Church of Satan hasil usaha penyembah syaitan Anton Szandor LaVey, tapi amalan khurafat ini telah bertapak dalam masyarakat moden seawal tahun 1948 di Ohio bila seorang lelaki bernama Herbert Arthur Sloane telah menubuhkan gerakan Ophite Cultus Satanas. Ophite pula merujuk kepada salah satu cabang fahaman Gnostic Kristian yang membuat andaian kufur mengenai ular Nabi Musa dan Kitab Genesis (semuanya bersandarkan pada perspektif umat Nasrani). Kumpulan tersebut mendapat inspirasi dari gabungan kepercayaan pagan moden iatu Wicca dan Gnostisme. Mereka percaya bahawa Iblis adalah tuhan bertanduk dan penyelamat bagi pertubuhan mereka.

Kumpulan satanisme yang lahir selepas tahun 1960 amat jauh berbeza antara satu sama lain, namun apa yang pasti ia terbahagi kepada dua cabang iatu Satanisme Theistic dan Satanisme atheistic. Satanisme theistic menghormati Iblis sebagai dewa kerohanian tanpa jasad. Berbeza pula dengan satanisme atheistic,[2] penganut fahaman ini menganggap diri mereka sebagai ateis, agnostik, ignostik atau apateis dan cuma mempercayai bahawa Iblis atau syaitan melambangkan sesetengah sifat-sifat yang ada dalam diri manusia. Sebahagian pengamal satanisme tidak menyembah Iblis sebagai tuhan kerana bagi golongan ini, 'tuhan' tidak mempunyai apa-apa peranan dalam kehidupan manusia. Segelintir dari pengikut amalan ini tidak pernah mengemukakan jenis satanisme yang menjadi pegangan mereka.

Disebalik kritikan yang hebat dari pelbagai anutan, semakin hari aliran satanisme ini kian mendapat tolak ansur dari masyarakat Barat. Satanisme kini dibenarkan untuk menjadi anutan dikalangan Tentera Laut Diraja Angkatan Bersenjata British sungguhpun ia menerima tentangan keras dari penganut agama Kristian.[3][4][5] Pada tahun 2005, Mahkamah Agung Amerika Syarikat telah mengadakan perdebatan samada untuk melindungi banduan yang mengamalkan fahaman ini apabila satu tuntutan mahkamah telah dibuat yang mencabar isu berkenaan.[6][7]

Satanisme moden merupakan satu fenomena yang menular dikalangan masyarakat Amerika dan ia merebak hasil globalisasi melalui internet. Internet telah membantu dalam penyebaran satanisme serta menyedarkan orang awam tentang kewujudan penyembah syaitan (satanist) yang lain. Disinilah juga maksud satanisme diperdebatkan secara hangat hari ini. Satanisme mula menerobos Eropah Timur pada tahun 1990an berikutan kejatuhan empayar Soviet, terutamanya di Poland dan Lithuania yang majoritinya menganut fahaman Roman Katolik.

Difahamkan bahawa satanisme berkembang didalam bidang agama Kristian sebagai tindak balas terhadap beberapa rukun yang terdapat didalam agama tersebut. Oleh itu, Iblis yang diagungkan oleh pengikutnya merupakan lambang anti Kristian terawal. Namun ada sesetengah penyembah syaitan yang memuliakan makhluk yang direjam itu berdasarkan konsep Islam; iatu apa yang Allah dan RasulNya telah jelaskan mengenai Iblis, jin dan syaitan. Akan tetapi, pandangan ini kurang mendapat pengiktirafan kerana satanisme merupakan fenomena yang lahir di negeri-negeri Barat dan bukan berasal dari tanah Arab. Sebagaimana Iblis telah disifatkan sebagai musuh didalam semua agama yang asalnya dibawa oleh Nabi Ibrahim (Abrahamic religions), didalam Judaisme pula Iblis cuma dipandang sebagai pengacau berbanding musuh yang abadi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jesper Aagaard Petersen (2009). "Introduction: Embracing Satan". Contemporary Religious Satanism: A Critical Anthology. Ashgate Publishing. ISBN 978-0-7546-5286-1.
  2. ^ Flowers, Stephen (1997). Lords of the Left-hand Path. Runa-Raven Press. ISBN 1-885972-08-3.
  3. ^ Royal Navy to allow devil worship CNN
  4. ^ Carter, Helen. The devil and the deep blue sea: Navy gives blessing to sailor Satanist. The Guardian
  5. ^ Navy approves first ever Satanist BBC News
  6. ^ Linda Greenhouse (March 22, 2005). "Inmates Who Follow Satanism and Wicca Find Unlikely Ally". New York Times.
  7. ^ "Before high court: law that allows for religious rights". Christian Science Monitor.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Witchcraft