Pergi ke kandungan

Satay (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Satay
PengarahK. M. Basker
Mustapha Maarof (penolong pengarah)
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 3 Januari 1959 (1959-01-03)
[1]
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Satay merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1958. Satay diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Satay mula ditayangkan pada tahun 1958 di pawagam seluruh negara dan enampilkan Wahid Satay, Addie Ali, Salmah Ahmad, Puteh Lawak dan ramai lagi.

Plot[sunting | sunting sumber]

Satay (Aiddie Ali), berumur tiga tahun, seorang anak yatim piatu yang dijaga oleh Pak Ali (Dollah Sarawak) yang menghidap penyakit T.B. Pak Ali ingin mencarikan seorang ayah untuk Satay di sebuah taman. Kamil (Wahid Satay), yang baru putus cinta dengan kekasihnya Fatimah (Salmah Ahmad), disebabkan ayah Kamil memandang kedudukan Fatimah tidak setaraf dengan Kamil. Kamil yang patah hati sedang memandu kereta mewahnya ke sebuah taman dimana Pak Ali memilih Kamil sebagai orang yang layak menjadi ayah angkat Satay dan memberitahu padanya yang Kamil itu adalah ayahnya.

Walaupun enggan, Kamil terpaksa menerima Satay atas tuduhan khalayak ramai di taman. Dia membawa Satay merayau-rayau di sekeliling bandar Singapura. Fatimah dan keluarga Kamil amat tertarik dengan kehadiran Satay dalam kehidupan mereka, sehingga siapakah yang akan berhak untuk menjaga Satay buat selama-lamanya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem Satay diarah oleh pengarah K. M. Basker pada 1958.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]