Saudagar Mimpi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Saudagar Mimpi
Album studio oleh M. Nasir
Dikeluarkan pada30 April 1992
Dirakam pada1990–1992
Genre
  • Rock
  • folk
  • world
  • country
Masa56:47
SyarikatBMG
PenerbitM. Nasir, Aziz Bakar, A. Hamid Samion
Kronologi M. Nasir
S.O.L.O
(1989)
Saudagar Mimpi
(1992)
Canggung Mendonan
(1993)
Single dari album Saudagar Mimpi
  1. "Apokalips"
    Tarikh keluaran: 1992

Saudagar Mimpi merupakan album solo ketiga oleh M. Nasir, dikeluarkan pada 30 April 1992 oleh BMG Music Malaysia.[1] Album ini mempunyai pengaruh muzik Melayu Nusantara dan memperlihatkan M. Nasir mencipta dan menulis sendiri lagu-lagu dalam album ini. Ia menjadi kejayaan komersial.[2]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Saudagar Mimpi mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan. Album ini memuatkan semua lagu yang dicipta sendiri oleh M. Nasir dengan lirik ditulis oleh beliau sendiri bersama S. Amin Shahab, Loloq, Nasir Jani dan Bob.[2]

Terdapat sebuah lagu Inggeris dalam album ini bertajuk “Monsoon Dance” yang dicipta khas oleh M. Nasir ketika beliau menyertai program muzik di Australia. Dalam temubual bersama URTV, M. Nasir berkata tujuan beliau memuatkan lagu Inggeris dalam Saudagar Mimpi bukanlah untuk menidakkan kelebihan bahasa Melayu dan membanggakan orang putih. Katanya: “Lagipun saya berharap dengan adanya sebuah lagu Inggeris dalam album ini akan menarik bangsa lain untuk turut mendengar lagu-lagu Melayu yang lain".[2]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Saudagar Mimpi dikeluarkan pada 30 April 1992 hingga kejayaan komersial. Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Apokalips" dan "Di Balik Cermin Mimpi".[3]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. TajukPenulis Masa
1. "Apokalips"  M. Nasir/Loloq 6:55
2. "Inang Pulau Kencana"  M. Nasir 5:50
3. "Keroncong Nostradamus"  M. Nasir/Loloq 2:17
4. "Di Balik Cermin Mimpi"  M. Nasir/S. Amin Shahab 3:41
5. "Gong Impian"  M. Nasir/Nasir Jani 5:07
6. "Hidayah"  M. Nasir 4:26
7. "Bikin Filim"  M. Nasir/Nasir Jani 5:45
8. "Insan Dan Manikam"  M. Nasir/Loloq 6:14
9. "Gurindam Gunung Tahan"  M. Nasir/Loloq 5:39
10. "Di Jalan Sesat"  M. Nasir/Bob 4:44
11. "Monsoon Dance"  M. Nasir 5:32
Jumlah masa:
56:47

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh keluaran Format Label
Malaysia 30 April 1992 CD, kaset, muat turun digital,[4] media penstriman,[5] BMG Music Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mumtaj Begum (31 Disember 2019). "Even at 62, M. Nasir is far from done". The Star Online. Dicapai pada 26 April 2020.
  2. ^ a b c "M. Nasir tidak pernah nyanyi lagu orang lain". URTV. 15 April 1992. Dicapai pada 26 April 2017 – melalui Prahara Seni.
  3. ^ Mohd Azhar Md Isa (15 Jun 1992). "Pelancaran dan anugerah platinum M. Nasir - Saudagar Mimpi". URTV. Dicapai pada 26 April 2018 – melalui Prahara Seni.
  4. ^ "Saudagar Mimpi, album by M. Nasir". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai pada 10 Mei 2018.
  5. ^ "Saudagar Mimpi by M. Nasir". Spotify. Dicapai pada 10 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]