Sauts Alastor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sauts Alastor
Kulit album Sauts Alastor - The Grand Executor
Latar belakang
Nama lahirSauts Alastor
Juga dikenali sebagai
Sauts Alastor
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreBlack Metal
PekerjaanPenyanyi, pemuzik
Tahun aktif1996 - 2001 , 2010 - sekarang
Syarikat rakaman
Legion Music
Laman sesawang
https://www.facebook.com/SautsAlastor
AhliWil Astagoth - Gitar, Vocal, Shaharoth - Gitar, Meeroth - Bass, Razi Blasphemy - Drums
Bekas ahli-


Kumpulan Sauts Alastor merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang bergerak secara bebas atau juga dikenali sebagai indie di Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Sauts Alastor ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Astagoth (Wil) dan Saharoth (Shaha). Kumpulan Sauts Alastor merupakan kumpulan pemuzik yang membawa genre Black Metal yang mempunyai pengaruh musik kuat dari negara Scandinavia.

Arca Sauts Modiac (Fadzli - M) kemudian turut serta selaku drummer dan digantikan oleh Blasphemy (Radzi) pada 2001. Bassist sebelum ini diwakili Yan, kemudiannya Sarabuthus dan Meeroth (Amirul). Gig awal mereka di sekitar 2000-2001 juga menampilkan Trismegistus (gitar), Burning Twilight (drum), Storm (bass) dan Nick (keyboard).

Pengharaman black metal di Malaysia pada tahun 2001 menyebabkan kumpulan ini 'split up' dan membuat comeback di gig Kuala Lumpur pada 2010 diikuti siri jelajah semenanjung, borneo dan Jakarta hingga 2014, ditunjangi Astagoth, Saharoth, Blasphemy, Nick dan Meeroth di posisi bass.

Diawal penubuhan, muzik yang dihasilkan mempunyai pengaruh kumpulan black metal daripada Greece dan Scandinavia ; dengan sound raw blackmetal tipikal kepada adunan lebih bersimfoni yang menitikberatkan kekuatan melodi, teknikal dan elemen avantgarde pada rilisan berikutnya . Mereka telah berjaya menghasilkan 1 demo, 1 single, 2 album beserta beberapa kompilasi kaset, cd dan vcd live. Music video untuk trek 'Revelation IV' juga telah dilancarkan oleh pihak Legion Music.

Rilisan dan konsep Sauts Alastor merangkumi subjek yang berkaitan rahsia alam, occultism dan kegelapan 'sirr' alam mistikal kuno-moden. Imej beserta simbol kalam misantrofik dan filosofi 'nihil' dan iringan ratib kufur ; ritual konjurasi primitif ortodok selaras dengan penentangan terhadap gerakan keagamaan dan falsafah kehidupan tipikal dan Kristianiti khususnya ; dengan pengabdian berkiblat melodi alunan 'soundscape' atmosferik, disonan Antikosmik dan Kaos!

Kumpulan yang dikenali sebagai 'The Grand Executor' ini juga telah membuat 17 persembahan pentas dan gig. Di antaranya adalah :

  • Panggilan Pulau Puaka, Rockworld - Penang
  • Witching Hour & Storm of Nebiula, One Cafe, Kuala Lumpur
  • Monster of Legends Open Air - Bulungan, Jakarta

Dengan pelancaran album terbaru Celestial Odium Diaboli pada tahun 2019, Sauts Alastor telah membuat persembahan 'headline' di :

  • The Gathering II - Bentley Music Auditorium Damansara (Legion Music)
  • Hellstorm in JB - Johor Bharu (Blackwinds Production)

Sauts Alastor juga telah membuat persembahan 'online livestream' untuk event KL Metalcamp 2020 ketika pandemik Covid-19. Pada 2021, mereka telah menyumbangkan rakaman lagu-lagu untuk rilisan kompilasi Malaysia dan Indonesia dan dalam perancangan membuat album seterusnya.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  • Astagoth - Gitar, Vocal
  • Saharoth - Gitar
  • Meeroth - Bass
  • Razi Blasphemy - Drums

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Sauts Alastor menghasilkan 1 demo dan 3 album sehingga kini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]