Savannah, Georgia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Savannah)
Pusat bandar Savannah, Georgia

Savannah ialah bandar yang tertua di negeri Georgia, Amerika Syarikat, dan juga merupakan pusat pentadbiran kaunti bagi Kaunti Chatham. Bandar ini diasaskan dalam tahun 1733. Savannah menjadi ibu kota kolonial untuk Wilayah Georgia dan kemudiannya menjadi ibu negeri Georgia pertama.[1] Sebuah bandar pelabuhan yang strategik semasa Revolusi Amerika dan Perang Saudara Amerika[2], pada hari ini Savannah merupakan sebuah pusat perindustrian dan pelabuhan di pesisiran Laut Atlantik.

Bandar ini menjadi sasaran angkatan tentera Kesatuan semasa perarakan Jeneral Sherman semasa Perang Saudara Amerika dan Sherman menduduki bandar ini pada 22 Disember 1864.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Savannah". New Georgia Encyclopedia. Georgia Humanities Council and the University of Georgia Press. 2006-09-11. Dicapai pada 2008-01-01.
  2. ^ "Savannah", in The Concise Columbia Encyclopedia (Columbia University Press, 1994), p. 779.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.