Saving General Yang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Saving General Yang
Poster filem sebenar
PengarahRonny Yu
PenulisEdmond Wong
Liu Shijia
Ronny Yu
Dihasilkan olehRaymond Wong
DibintangiAdam Cheng
Ekin Cheng
Yu Bo
Vic Chou
Li Chen
Raymond Lam
Wu Chun
Fu Xinbo
SinematografiChan Chi-ying
Disunting olehDrew Thompson
Muzik olehKenji Kawai
Syarikat
penerbitan
Pegasus Motion Pictures
Pegasus Film & TV Culture
Huayi Brothers
Henan Film & TV
Production Group
Henan Film Studio
Diedarkan olehPegasus Motion Pictures
Distribution Limited
Tarikh tayangan
4 April 2013
Masa tayangan
102 Minit
NegaraHong Kong
BahasaMandarin
Kantonis
Pecah panggungHK$6.3 million

Saving General Yang ialah filem Hong Kong tahun 2013 arahan Ronny Yu. Jalan cerita filem ini berasaskan kisah lagenda Generals of the Yang Family. Filem ini terpilih sebagai sebahagian untuk Festival Filem Hong Kong International tahun 2013.

Plot[sunting | sunting sumber]

Filem ini dimulakan dengan perkara terbunuhnya Pan Bao, putera Pan Renmei, yang ingin menikah dengan puteri Chai. Padahal puteri Chai merupakan kekasih kepada putera keenam dari keluarga Jeneral Yang iaitu Yang Liulang. Pihak keluarga Pan Renmei menuduh putera Jeneral yang harus bertanggungjawab ke atas hal ini. Pan Renmei meminta kedudukan tersebut ke Kaisar Song untuk menggantikan kedudukan Jeneral Perang yang selama ini diambil alih oleh Jeneral Yang. Seiring dengan permintaan tersebut, pasukan Khitan dikhabarkan melakukan serangan. Kaisar Song mengabulkan permintaan Pan Renmei dan memberikan perintah kepada Jeneral Yang untuk berada di barisan hadapan ketika penyerangan.

Suasana jelas menjadi haru biru ketika Jeneral Yang akan pergi bertugas. Kesedihan luar biasa menyelimuti isterinya, She Taijun. Namun tidak boleh melawan perintah Kaisar. Mimpi buruk menghantui She Taijun dan memang benar suaminya ditinggalkan Pan Renmei ketika perang kerana melihat pasukan Khitan yang dipimpin oleh Yelu Yuan terlalu banyak. Berundur tanpa memberitahu kepada Jeneral Yang menyakinkan bahawa pesaing licik tidak pernah suka dengan Jeneral Yang sejak kematian puteranya. Jeneral Yang bersama pasukan berehat di Wolf Mountain untuk mengumpulkan tenaga dan keadaan Jeneral Yang sangat parah akibat anak panah beracun yang masih tercucuk dipunggungnya.

Mendengar bahawa suaminya berlawan tanpa bantuan Pan Renmei, She Taijun meminta izin Kaisar untuk menghantar ketujuh puteranya untuk membawa ayahnya pulang. Dengan rasa yang tidak menentu, She Taijun berjumpa dengan Guru Guigu untuk menanyakan keadaan perang yang dialami suami dan anaknya nanti. Guru Guigu tidak boleh menjawab namun memberikan sebuah kertas yang bertulis "Seven will go, six return".

Putera ketujuh ialah putera yang pertama mati akibat diserang panah ketika meminta bantuan Jeneral Pan Renmei. Kerana sakit hati dan dendam, Pan Renmei tidak tergugah dan memerintahkan untuk membunuh dan membuang mayatnya ke dalam sungai. Dalam kejadian tersebut, Jeneral Yang dalam keadaan kritikal bermimpi untuk memilih antara hidup dan mati dengan keadaan yang berat dan Jeneral yang memilih mati. Keenam anaknya yang menyaksikan hal tersebut merasa sedih. Putera keenam tetap mahu membawa pulang mayat ayahnya sebagai janjinya kepada ibunya. Tidak ingin dicap sebagai anak yang derhaka maka kelima saudaranya menyetujui.

Namun, ketika proses membawa Jeneral Yang pulang, pelbagai serangan dari pasukan Khitan yang dipimpin oleh Yelu Yuan terus berdatangan. Putera pertama hingga putera kelima gugur dalam melawan serangan pasukan Khitan. Hanya satu putera yang bertahan, iaitu putera keenam dengan memegang janji pada ibunya untuk membawa pulang ayahnya. Namun, perjuangan tersebut tidak mudah kerana Yelu Yuan menyerangnya sampai titisan darah terakhir. Yelu Yuan bersikap demikian kerana menaruh dendam pada keluarga Yang ke atas kematian ayahnya di medan perang. Bahkan ibu Yelu Yuan juga meninggal dunia akibat menahan stress yang berpanjangan. Sejak dari itu, Yelu Yuan bersumpah akan membuat isteri Yang menderita dengan membunuh Yang dan ketujuh puteranya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Adam Cheng sebagai Yang Linggong /Jeneral Yang
  • Xu Fan sebagai She Taijun / Isteri Jeneral Yang
  • Ekin Cheng sebagai Yang Yan-ping / Anak pertama Yang
  • Yu Bo sebagai Yang Erlang / Anak kedua Yang
  • Vic Chou sebagai Yang Sanlang / Anak ketiga Yang
  • Li Chen sebagai Yang Silang / Anak keempat Yang
  • Raymond Lam sebagai Yang Yande / Anak kelima Yang
  • Wu Chun sebagai Yang Yanzhao / Anak keenam Yang
  • Fu Xinbo sebagai Yang Yansi / Anak ketujuh Yang
  • Ady An sebagai Puteri Chai
  • Shao Bing sebagai Yelü Yuan (villain)
  • Bryan Leung sebagai Pan Renmei
  • Cheng Zhihui sebagai Huyan Zan
  • Li Qian sebagai Yang Paifeng

Pautan luar[sunting | sunting sumber]