Pergi ke kandungan

Sawo' Matang (album)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Sawo Matang)

Sawo' Matang ialah album studio kedua belas oleh penyanyi Malaysia, Noraniza Idris. Ia dikeluarkan pada 16 Ogos 2004 oleh Gerak Budaya Sdn. Bhd. dan Universal Music Malaysia. Album ini sekaligus album pertama beliau dikeluarkan melalui daripada syarikat rakaman beliau sendiri, Gerak Budaya Records Sdn. Bhd.. Menerusi album ini, Sawo' Matang berjaya menampilkan sisi matang Noraniza sebagai penerbit dan komposer.

Sawo’ Matang
Album studio oleh
Dilancarkan pada16 Ogos 2004
Dirakamkan padaSeptember 2003 - Julai 2004
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
StudioSynchrosound Studios
GenrePop Etnik
Panjang52:52
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatGerak Budaya Records
Universal Music Malaysia
Penerbit
Kronologi Noraniza Idris Sunting nilai ini di Wikidata
The Best of Ratu Pop Tradisional
(2004)
Sawo' Matang
(2004)
Lenggok 20 Tahun
(2006)
Single daripada Sawo' Matang
  1. "Hatinya Tak Tahan"
    Dikeluarkan: 16 Ogos 2004
  2. "Sama Tak Serupa"
    Dikeluarkan: 22 September 2004
  3. "Rajuk Rindu"
    Dikeluarkan: 3 November 2004
  4. "Ayuh! Juragan"
    Dikeluarkan: 15 Februari 2005
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
Discogs 4.5/5 bintang

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Selepas Noraniza Idris selesai bekerjasama dengan syarikat rakaman sebelumnya Suria Records Sdn. Bhd. sebagai artis rakaman pada tahun 2003, beliau mula bekerjasama dengan Suria Records sebagai artis rakaman pada tahun 1996 (maknanya beliau sudah 7 tahun sebagai artis rakaman disana), juga selepas beliau mengeluarkan album percubaan dengan buatan tangan beliau bersama dengan penerbit merupakan suami pertama beliau, Fareez Hj. Tajuddin membersamai para kru beliau ialah Aura, kali ini beliau mula menubuhkan syarikat rakaman beliau sendiri iaitu Gerak Budaya Records Sdn. Bhd. pada tahun 2003 dimana beliau menunjuk Fareez Hj. Tajuddin yang merupakan suami pertama beliau sebagai penerbit eksekutif dan Noraniza Idris sebagai penerbitnya, tahun itu juga label syarikat beliau telah berkerjasama dengan Universal Music Malaysia Sdn. Bhd.. Selepas itu beliau pun ingin melahirkan album pop etnik pertama beliau daripada syarikat rakaman beliau sendiri dan juga beliau ingin menggunakan konsep budaya yang lebih matang, menggabungkan elemen khazanah bunyian alat muzik tradisional dengan selipan alat muzik moderen penuh sokongan (konsep etnic fushion) dan boleh mengikuti zaman.

Ringkasan album

[sunting | sunting sumber]

Sawo' Matang ini ialah album pertama beliau diciptakan daripada syarikat rakaman beliau sendiri, Gerak Budaya Records. Album ini beliau ingin menampilkan sesuatu yang baharu berkonsepkan etnic fushion. Album ini menyumbangkan 10 lagu yang mana terdiri dari 10 lagu berbahasa Melayu yang mana 3 lagu daripada 10 lagu pada album ini ialah lagu ciptaan beliau sendiri. Kemudian, ada tambahan 2 lagu sebagai bonus track yang mana tajuk dan liriknya berbahasa Jawa iaitu "Juklah! Guru Abe" ("Ayuh! Juragan") dan "Atine Ora Tahan" ("Hatinya Tak Tahan"). Album ini menyertakan komposer dan penulis lirik yang sentiasa berkecimpung di industri muzik Malaysia di dalam album beliau ini, seperti Noraniza Idris, Fareez Hj. Tajuddin, Siso, Darwish, Raja Kobat, Nurul Asyiqin, Ahmad Fedtri Yahya, Dol Shafiq, Rosli Selasih, Datuk Ibrahim Bachek, Atan Ahmad, Pandak, Sumaji, Dhani Wahyuni dan Pak Lomak.

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Sama Tak Serupa" (menampilkan David Arumugam)
  • Darwish
  • Nurul Asyiqin
YM Raja Kobat4:33
2."Hatinya Tak Tahan"SisoNoraniza5:18
3."Ayuh! Juragan"Ahmad Fedtri YahyaNoraniza Idris4:04
4."Rajuk Rindu"Nurul AsyiqinNoraniza Idris3:56
5."Zapin Beradat"Dol Shafiq4:46
6."Disebut Jangan Di Kenang Jangan"
  • Datuk Ibrahim Bachek
  • Rosli
Datuk Ibrahim Bachek4:26
7."Penawar Rindu"Atan AhmadAtan Ahmad4:21
8."Indang Anak Melayu"SisoDhani Wahyuni4:34
9."Puteri Ledang"Ahmad Fedtri YahyaPak Lomak4:46
10."Dondang Di Sayang"Dol ShafiqFareez Hj. Tajudin4:46
11."Juklah! Guru Abe" (Bonus Track) PandakNoraniza Idris4:04
12."Atine Ora Tahan" (Bonus Track) MuhajiNoraniza Idris5:18
Jumlah masa: 52:52

Tenaga kerja

[sunting | sunting sumber]

Berikut ini ialah penyertaan tenaga kerja dalam pembuatan album kedua belas Noraniza Idris, Sawo' Matang berasaskan daripada sampul album beliau.

  • Norsham & Norzie - A&R
  • Sam Kassim - A&R (Pengarah)
  • Wan Eddie Sophean - A&R & Teks
  • Indra - Penyusun, Pemrogram dan Pencampuran
  • Rauna Jud - Rekabentuk
  • Ami & Hafiz - Jurutera
  • Fareez Hj. Tajuddin - Penerbit Eksekutif & Pencampuran
  • CL Toh - Manager
  • Zairi - Pencampuran & Jurutera
  • Bustamam Dari White Studio - Fotografi
  • Noraniza Idris - Penerbit, Penyelaras, Penyusun, Pemrogram, Pencampuran & Teks

Label syarikat

[sunting | sunting sumber]

Kedudukan carta

[sunting | sunting sumber]

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Muzik FM ERA FM HOT FM Muzik Muzik
2004 Hatinya Tak Tahan 8 10 - 3
Sama Tak Serupa - - - -
Rajuk Rindu - - - -
2005 Ayuh! Juragan 5 12 - 4

Maklumat tambahan

[sunting | sunting sumber]

Album Sawo' Matang jadi sangat bertuah dan berbangga hati buat beliau kerana pertama kali beliau sebagai penerbit dan produser dalam album ini dimana beliau banyak memenangi beberapa kategori dalam pelbagai anugerah di Malaysia, terutama sekali kategori Album Pop Etnik Terbaik dan turut dicalonkan kepada dalam kategori Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-12 (2005) hingga beliau diduduki sebagai artis wanita dan artis pemenang terbanyak memenangi Album Pop Etnik Terbaik sepanjang penganjuran kategori ini (kategori ini ditutup pada tahun 2008). Selepas itu, album ini malah mara dicalonkan ke dalam kategori Album Terbaik pada Anugerah Planet Muzik 2005. Album ini yang mana beliau mempertaruhkan "Hatinya Tak Tahan" sebagai single pertama kepada album ini yang mana lagu ini dicipta oleh beliau sendiri dan berkonsepkan Melayu dan Jawa dimana sangat bertuah apabila lagu ini dicalonkan di Muzik Muzik 2004, kemudian dicalonkan secara langsung pada Separuh Akhir Muzik Muzik 2004 dan akhirnya berjaya berentap di peringkat akhir Juara Lagu dengan persembahan secara langsung tarian tradisional campuran Melayu dan Jawa dan lebih bertuah lagi tiada disangka telah memenangi anugerah 'Persembahan Terbaik' untuk keempat kalinya dan beliau secara sah mencetus rekod beliau dan rekod AJL sebagai artis penyanyi yang memenangi Persembahan Terbaik terbanyak kedua sepanjang penganjuran AJL berjalan, di Anugerah Juara Lagu 2004. Tak hanya itu sahaja, lagu ini juga memenangi anugerah kategori Lagu Global Pilihan dan dicalonkan dalam kategori Muzik Video Pilihan pada Anugerah Era 2004. Kemudian lagu "Ayuh! Juragan" yang mana sekaligus lagu ciptaan beliau sendiri juga mara dicalonkan untuk berentap ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2005.

Anugerah Era

Tahun Penerima/Karya Tercalon Kategori Keputusan
2004 "Hatinya Tak Tahan" Lagu Global Pilihan Menang
Muzik Video Pilihan Tercalon

Anugerah Industri Muzik

Tahun Penerima/Karya Tercalon Kategori Keputusan
2005 "Sawo' Matang" Album Pop Etnik Terbaik Menang
Album Terbaik Tercalon
Kulit Album Terbaik Tercalon

Anugerah Juara Lagu

Tahun Penerima/Karya Tercalon Kategori Keputusan
2004 "Hatinya Tak Tahan" Persembahan Terbaik Menang
Lagu Irama Malaysia dan Etnik Kreatif Terbaik Tercalon
2005 "Ayuh! Juragan" Lagu Irama Malaysia dan Etnik Kreatif Terbaik Tercalon

Anugerah Planet Muzik

Tahun Penerima/Karya Tercalon Kategori Keputusan
2005 "Sawo' Matang" Album Terbaik Tercalon

Sejarah keluaran

[sunting | sunting sumber]
Negara Tarikh dikeluarkan Format Label
Malaysia 16 Ogos 2004 Kaset, CD, Album Gerak Budaya Records, Universal Music Malaysia

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]