Sachsen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Saxony)
Lompat ke: pandu arah, cari
Bendera
Flag of Saxony (state).svg
Data
Ibu negeri: Dresden
Luas wilayah: 18,338 km²
Penduduk: 4,327,000 (2003)
Kepadatan: 251/km²
ISO 3166-2: DE-SN
Politik
Menteri-Presiden: Stanislaw Tillich (CDU)
Peta
Germany Laender Sachsen.png

Negeri Bebas Sachsen atau Negeri Bebas Saxony (Bahasa Jerman: Freistaat Sachsen) ialah salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman. Ia terletak di bahagian paling timur negara ini dan memiliki keluasan sekitar 18,413 km² (yang ke-10 terbesar) manakala penduduknya berjumlah 4.3 juta orang (yang keenam terbanyak). Ibu negeri Sachsen ialah bandar raya Dresden.

Negeri ini mempunyai sejarah yang panjang sebagai sebuah duchy, kemudian ketuanya berhak menjadi pemilih bagi takhta Empayar Suci Rom, dan seterusnya menjadi sebuah wilayah beraja sebagai Kerajaan Sachsen. Kerajaan itu dihapuskan pada tahun 1918 dan digantikan oleh pemerintahan republik yang ditubuhkan di bawah namanya sekarang sebelum kekalahan Jerman di dalam Perang Dunia Pertama. Namun, ia dihapuskan sama sekali di bawah pemerintahan rejim komunis Jerman Timur selepas Perang Dunia Kedua. Berikutan penyatuan dengan Jerman Barat pada tahun 1990, negeri ini dihidupkan semula dalam bentuk sekarang.

Sewaktu Zaman Pertengahan, nama Sachsen (atau Saxony) merujuk kepada wilayah yang kini dipanggil Niedersachsen (Bahasa Inggeris: Lower Saxony) dan Nordrhein-Westfalen (Bahasa Inggeris: North Rhein-Westphalia). orang-orang Saxon telah berhijrah ke kawasan negeri-negeri tersebut dari kawasan asal mereka yang kini dikenali sebagai negeri Schleswig-Holstein di antara tahun 250 dan 500.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Sachen atau Saxony bersempadan dengan Poland di sebelah timur dan Republik Czech di sebelah selatan.

Senarai Menteri-Presiden[sunting | sunting sumber]

  1. 1945 - 1947: Rudolf Friedrichs (SPD/SED)
  2. 1947 - 1952: Max Seydewitz (SED)
  3. 1990 - 2002: Kurt Biedenkopf (CDU)
  4. 2002 - 2008: Georg Milbradt (CDU)
  5. sejak 2008: Stanislaw Tillich (CDU)

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Sachsen dibahagikan kepada tiga Direktionsbezirke — Chemnitz, Dresden, Leipzig — yang dibahagikan pula kepada 10 daerah:

Landkreise Sachsen.svg
  1. Bautzen (BZ)
  2. Erzgebirgskreis (ERZ)
  3. Görlitz (GR)
  4. Leipzig (L)
  5. Meißen (MEI)
  6. Mittelsachsen (FG)
  7. Nordsachsen (TDO)
  8. Sächsische Schweiz-Osterzgebirge (PIR)
  9. Vogtlandkreis (V)
  10. Zwickau (Z)

Selain itu terdapat tiga daerah perbandaran (Bahasa Jerman: kreisfreie Städte), yang bertaraf daerah:

  1. Chemnitz (C)
  2. Dresden (DD)
  3. Leipzig (L)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]