Sayang Papa Saya Tak
Sayang Papa Saya Tak2 | |
---|---|
Genre | Komedi Cinta |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Sayang Papa Saya Tak karya Hanni Ramsul |
Ditulis oleh | Rehal Nuharis |
Pengarah | Amie Maziah |
Dibintangi oleh | Hisyam Hamid Emma Maembong Wan Sharmila |
Negara asal | ![]() |
Bilangan episod | 16 Episode. |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | Isnin - Khamis, 10 malam. |
Syarikat penerbitan | (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd) |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria & Astro Ria HD (Slot MegaDrama) |
Siaran asal | 9 Januari 2017 – 2 Februari 2017 |
Kronologi | |
Mengikuti | Isteri Tuan Ihsan |
Diikuti oleh | Urusan Hati Cik Drama Queen |
Sayang Papa Saya Tak ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2017 arahan Amie Maziah. Dibintangi oleh Hisyam Hamid, Emma Maembong dan Wan Sharmila. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 9 Januari 2017 menggantikan Isteri Tuan Ihsan. [1]
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Mengisahkan Raisya, gadis muda yang spontan, selamba dan mata duitan. Raisya yang enggan menyambung pelajaran, nekad melarikan diri dari rumah anak yatim yang dihuni dan mula bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Pengalaman dibesarkan di Rumah Asuhan Budi menjadikannya cekap dalam menguruskan Qalish, anak Farish yang dijaganya.
Kecekapan dan keikhlasan Raisya menjaga Qalish menyentuh hati tua ibu Farish, puan Rogayah lantas diaturkan supaya Farish mengahwini Raisya. Farish yang murung sejak kematian bekas isterinya Kasih, telah didesak oleh ibunya untuk mengahwini Raisya demi masa depan Qalish. Raisya pula bersetuju berkahwin dengan imbuhan RM100,000. Dicap sebagai mata duitan oleh suami sendiri tidak berbekas di hati Raisya kerana yang lebih penting adalah sumbangannya kepada Rumah Asuhan Budi.
Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.
Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.
Farah Cemburu Elena sebagai kekasih baru Haris emosi Farah semakin menaik geram sampai nak bunuh Elena Terus Haris cakap Kemana Elena Farah Juga cakap yang Elena jalan dengan mama Haris Rupanya Elena dikurung dibilik Farah di bawah katil Dan Haris pun Tak tahu yang Elena dikurung di dalam bilik Farah.
Abang Farid iaitu abang Farah abang Farah cakap ada yang tidak kena dengan Elena dikurung dibilik Farah Farid Asyik memikirkan tentang Elena Farid mula lah rasa macam nak kahwin dengan Elena Tapi Adik Faris tidak setuju kalau mereka kahwin dengan Elena Elena mengandung anak pak SU pak SU Elena Tidak mahu menjadi ayah kepada dan pak SU pun tak nak mengaku yang dia sendiri tidak salah anaknya itu Elena pun terasa mahu bunuh bayi gandungannya sendiri jadilah Farid kahwin dengan Elena
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Hisyam Hamid sebagai Farish
- Emma Maembong sebagai Raisya
- Seri Aileen sebagai Qalish
- Aida Khalida sebagai Puan Rogayah
- Wan Sharmila sebagai Azyan
- Luqman Hafidz sebagai Yusri
- Sweet Qismina sebagai Fathiya
- Eleena Sui sebagai Aleeya
- Izara Aishah sebagai Kasih
- Fahad Iman sebagai Khairul
- Haleeda Mazlin sebagai Latifah
- Adam Lee sebagai Adam
- Syafiq M. Nazri sebagai Shahrir
- Joyce Jelang Sebagai Farah
- Faizal Tahir Sebagai Farid
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Drama Sayang Papa Saya Tak. MyInfoTaip. Dicapai 4 Ogos 2021