Sayang Tak Dikenang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Sayang Tak Dikenang
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Sayang Tak Dikenang karya Wazrul Shah
Ditulis oleh
  • Shida Zali
  • Amin Shakib
  • Mia Marziah
PengarahFeroz Kader
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kisah Hati Lara" oleh Naqiu Boboy
Lagu penutup"Kisah Hati Lara" oleh Naqiu Boboy
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28 Episod
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
FJ Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Disney+ Hotstar (ulangan)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal4 Mac 2022 – 31 Mac 2022
StatusTamat
Kronologi
Mengikuti3 Nota Cinta
Diikuti olehHarith Fayyadh

Sayang Tak Dikenang ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Feroz Kader, dibintangi oleh Fadlan Hazim, Ruhainies dan Ezzanie Jasny. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV3 Slot Akasia bermula 4 Mac 2022 menggantikan 3 Nota Cinta.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Ayu Izhani (Ruhainies) dan Hattin Isabella (Ezzanie Jasny), dua pupu yang bersahabat baik walaupun keluarga mereka tidak rapat. Mereka belajar di kolej yang sama. Setelah mendapat kerja, mereka tinggal di rumah sewa yang sama.

Ayu dan Hattin berkenalan dengan lelaki yang sama tetapi nama yang berbeza. Raqib Tafzani (Fadlan Hazim) memperkenalkan dirinya sebagai Raqib kepada Ayu manakala Hattin mengenalinya sebagai Tafzani. Ayu mula terbuka hati untuk menerima Raqib yang rajin melayan keluarganya. Ibu Ayu mendesak Ayu supaya menerima Raqib sebagai suami.

Hattin mendapat berita bahawa tunangnya, Omar curang dengan perempuan lain. Lebih teruk, Omar bertukar menjadi panas baran dan bersikap kasar dengan Hattin. Hattin merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Ayu. Tafzani cuba menggoda Hattin selepas mendapat tahu dia telah putus tunang. Hattin mula dibuai dengan perasaan bahagia ketika bersama dengan Tafzani.

Raqib ingin membatalkan perkahwinan dengan Ayu tetapi majlis terpaksa diteruskan apabila keluarga Raqib yang menetap di luar negara telah sampai di Malaysia. Di majlis perkahwinan itu, Hattin terkejut melihat Tafzani adalah suami kepada Ayu. Lantas, Hattin terus meninggalkan majlis tersebut. Selepas berkahwin, sikap Raqib berubah dari seorang penyayang menjadi suami yang dingin kepada Ayu. Raqib tidak menyentuh Ayu dan mula menunjukkan kebencian.

Pada masa yang sama, Raqib masih tidak berputus asa untuk memikat hati Hattin. Selepas mengetahui tentang kisah silam keluarga mereka, Hattin mengambil kesempatan ini untuk menyakitkan hati Ayu kerana mahu membalas dendam untuk neneknya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak Utama[sunting | sunting sumber]

  • Fadlan Hazim sebagai Raqib Tafzani Raif
  • Ruhainies sebagai Ayu Izhani
  • Ezzanie Jasni sebagai Hattin Isabella

Watak Pembantu[sunting | sunting sumber]

Watak Kanak-Kanak[sunting | sunting sumber]

  • Shamsul Danish sebagai Hakim

Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]