Sayap Bersekutu BERSATU
Sayap Bersekutu BERSATU | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Ketua Penaja | Chong Fat Full |
Organisasi utama | Parti Pribumi Bersatu Malaysia |
Sayap Bersekutu BERSATU adalah sebuah sayap dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang mewakili ahli dari kalangan bukan Bumiputera. Ianya ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2021 lalu dan penubuhan jawatankuasa penajanya telah diketuai oleh Edmund Santhara Kumar Ramanaidu.[1] Para ahli yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia dari kalangan bukan Bumiputera dikenali sebagai Ahli Bersekutu. Mereka hanya boleh bertanding untuk merebut jawatan dalan Sayap Bersekutu sahaja.[2]
Ahli jawatankuasa penaja[sunting | sunting sumber]
Senarai jawatankuasa penaja yang telah menerima watikah pelantikan daripada Presiden BERSATU.[3]
Nama | Jawatan |
---|---|
Chong Fat Full | Ketua Penaja |
Kosong | Naib Ketua Penaja |
Lau Beng Wei | Penolong Setiausaha Penaja |
Robert Ling Kui Ee | Penolong Bendahari Penaja |
Roland Chia Ming Shen | Ahli Jawatankuasa Penaja |
Kantharao Ramaiah | |
Puspalatha Siwapathi | |
Lee Chee Pheng | |
Chen Win Keong | |
Vijaya Kumar Sinnakanu | |
Chay Tong Seng | |
Ketua Penerangan Penaja |
Edmund Santhara Kumar Ramanaidu telah meletakkan jawatannya sebagai Ketua Sayap Bersekutu BERSATU pada 28 Julai 2022[4] dan telah digantikan oleh Chong Fat Full pada 3 Ogos 2022 lalu.
Gobi Krishnan Sarangabani telah dipecat dari jawatankuasa penaja kerana didapati telah muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.[5]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Bersatu lantik Santhara jadi Ketua Sayap Bersekutu pertama
- ^ Keahlian tidak terhad jika memerintah dua penggal
- ^ Penerimaan watikah pelantikan jawatankuasa penaja Sayap Bersekutu BERSATU
- ^ Tan Sri Muhyiddin terima peletakan jawatan Santhara ketua sayap bersekutu
- ^ Bersatu pecat ketua penerangan sayap bersekutu kerana muflis