Sayed A. Rahman Syed Mohd

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Sayed A. Rahman Syed Mohd merupakan rakyat Malaysia yang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN) semenjak tahun 2005.

Sebelum itu beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Beliau memang sudah lama melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan iaitu sudah menjangkau lebih dari 30 tahun.