Sazmi Miah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato'

Sazmi Miah

DJMK (Kelantan)
Timbalan Ketua
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Kelantan
Dalam jawatan
2016–2020
PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
KetuaKamarudin Md Nor
Pengerusi
Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (KESEDAR)
Dalam jawatan
18 November 2018 – 30 April 2020
Perdana MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin
Tun Dr Mahathir Mohamad (2018-2020)
MenteriTengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Didahului olehDatuk Aziz Derashid
Digantikan olehNik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Machang, Kelantan
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehMohd Yusoff Mohd Nor (PAS)
Digantikan olehSaifuddin Nasution Ismail (PKR)
Setiausaha Parlimen
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia
Dalam jawatan
2004–2008
Perdana MenteriAbdullah Ahmad Badawi
MenteriLim Keng Yaik
Butiran peribadi
KerakyatanMalaysia
Parti politik Parti Pejuang Tanah Air (2021-kini)
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (2018-2021)
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Sehingga 2018)
Sekutu gabungan
politik lain
Gerakan Tanah Air (2022-kini)
Perikatan Nasional (Feb 2020-2021)
Pakatan Harapan (2019-Feb 2020)
Ahli politik bebas (2018-2019)
Barisan Nasional (-2018)
PekerjaanAhli politik

Dato' Sazmi Miah ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (KESEDAR)[1] ketika kerajaan persekutuan dipimpin oleh Pakatan Harapan. Sazmi juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia[2] pada 2004 hingga 2008 pada zaman Abdullah Ahmad Badawi.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Negeri Kelantan.yang dilantik pada 2018 lalu. Sebelum itu, beliau adalah seorang pemimpin UMNO di Kelantan. Beliau menyertai Parti Pejuang Tanah Air selepas parti itu ditubuhkan.

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Machang pada 2004 lalu dan bertahan selama satu penggal. Pada pilihan raya pada 2008, beliau telah ditewaskan oleh calon dari PKR, Saifuddin Nasution Ismail.[3]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Tun Dr Mahathir Mohamad telah melantik beliau sebagai Setiausaha Kerja BERSATU pada 2020 bagi menggantikan Muhammad Suhaimi Yahya yang dikatakan menimbulkan kontroversi kerana mengirimkan surat pemberitahuan pengguguran keahlian Tun Dr Mahathir bersama 4 lagi pemimpin kerana melanggar Perlembagaan BERSATU.[4]

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

  •  Kelantan
    • Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) - Dato' (2005)

Rujukan[sunting | sunting sumber]