Sazzy Falak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sazzy Falak
Sazzy Falak.jpg
Sazzy pada Ogos 2008.
KelahiranSazlini binti Shamsul Falak
(1980-03-10) 10 Mac 1980 (umur 40)
Kuala Lumpur, Malaysia
KediamanDamansara, Kuala Lumpur
PendidikanDiploma Kewartawanan
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing
PekerjaanPelakon, pengacara, model
Tahun aktif2000–kini
Ketinggian152 sm (848 ka 8 in)
Berat45 kg (99 lb)
PasanganNazril Idrus (berkahwin 2006)
Anak2 (kembar)
Ibu bapaLilly Rahim (ibu)
Shamsul Falak Kadir (bapa)
Laman websazzyfalak.com.my

Sazlini binti Shamsul Falak, lebih dikenali sebagai Sazzy Falak (lahir 10 Mac 1980), ialah seorang pengacara dan pelakon Malaysia yang terkenal kerana mengacara Beat TV dan juga berlakon sebagai watak Shasha dalam filem dan siri drama televisyen Gol & Gincu.[1][2][3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sazzy Falak dilahirkan pada 10 Mac 1980 di Kuala Lumpur dan beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik kepada ibu bapanya, Lilly Rahim dan Shamsul Falak Kadir.[4] Ibu bapanya bercerai ketika Sazzy berusia 8 tahun dan kemudiannya berkahwin semula. Beliau berdarah kacukan Melayu dan Arab, merupakan pemegang Diploma dalam bidang kewartawanan di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sazzy pada 2017

Sazzy pernah menimba pengalaman sebagai seorang pelakon teater sejak berusia 11 tahun; ketika itu beliau menerima latihan dari Joe Hasham yang ketika itu masih remaja.[4] Beliau mula menceburi persada hiburan televisyen pada tahun 2000 sebagai pengacara Muzik-Muzik pada usia 18 tahun. Pada tahun 2002, beliau berlakon dalam televisyen buat julung kali melalui penampilan dalam filem pendek Piala Untuk Mama arahan Osman Ali di ntv7. Selepas itu beliau juga pernah menjadi penyampai radio dan beralih ke Beat TV di Astro Ria dari 2002 sehingga 2005.

Sazzy turut memegang jawatan sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat IT, sehingga 2003 apabila beliau melepaskan jawatan itu untuk menjadi bintang televisyen sepenuh masa.[4] Sazzy juga pernah mengacarakan MTV Jus di Singapura sebelum menyerahkan tugas itu kepada Nur Fazura pada tahun 2006.[5]

Sazzy mula berlakon dalam filem dengan menjayakan watak Shasha dalam filem Gol & Gincu arahan Bernard Chauly pada tahun 2005 dan Gol & Gincu The Series selama dua musim berturut-turut dari tahun 2006 hingga 2007. Sempena Aidilfitri pada tahun 2006, Sazzy menyumbangkan suara kepada Cappy dalam versi alih suara Bahasa Malaysia bagi filem animasi Robots untuk ditayangkan di Star Movies (kini Fox Movies).[6] Pada akhir 2006 hingga awal 2007, Sazzy mengacarakan rancangan Blast Off! di hitz.tv.

Pada tahun 2007, selain Gol & Gincu, Sazzy juga memgang watak sampingan dalam KAMI - The Series sebagai Alisha, kakak kepada Ali (lakonan Syarul Ezani). Sazzy juga menyertai barisan lakonan siri drama Internet Kerana Karina yang dibintangi Marsha Londoh. Beliau juga turut berlakon dalam Tipu Kanan Tipu Kiri yang ditayangkan pada September 2008. Sazzy kembali menjayakan watak Shasha lakonannya dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 arahan sulung Umi Salwana Omar yang ditayangkan pada 25 Oktober 2018.[7][8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sazzy berkahwin dengan perunding kewangan, Nazril Idrus, juga seorang personaliti televisyen, dalam satu majlis penuh istiadat pada 8 November 2006. Nazril merupakan pengasas LVG Consultants dan Explosive Minds Asia. Hasil perkongsian hidup Sazzy dan Nazril, pasangan ini dikurniakan bayi kembar perempuan yang bernama Lily Imaan dan Tiara Rose yang dilahirkan pada 28 April 2011.[9] Pasangan romantis ini yang kini menetap di Damansara, Kuala Lumpur.

Sazzy dan Nazril mengambil bahagian dalam program realiti tarian Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria dan mara ke peringkat akhir untuk naib juara, walaupun yang banyak dipilih oleh penonton sebagai pilihan untuk merangkul gelaran juara. Beliau merupakan pemilik butik pakaian Street Fashion KL yang beroperasi di Taman Tun.[10][11]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 Gol & Gincu Shasha Filem pertama
2006 Robots Cappy alih suara Bahasa Malaysia
2008 Tipu Kanan Tipu Kiri Rina
Sepi
2009 Jin Notti Zulu
2010 4 Madu Jane
2011 Tolong Awek Aku Pontianak Maya
2017 Kamar Seksa Kathy
2018 Gol & Gincu Vol. 2 Shasha

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003–2004 Spanar Jaya (Musim 6–8) Alin ntv7
2006–2007 Gol & Gincu The Series Shasha 8TV
2007 KAMI - The Series Alisya
Kerana Karina Sherina Siri Internet
2008 Goda Sanya Salleh 8TV
Warkah Terakhir: Rosly Dhoby Astro Citra
2013 Sopi Sekuriti Astro Warna

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2002 Piala Untuk Mama
2004 Surat Untuk Bulan Seroja
2008 Doa Kamalia TV2
2011 Dan Sebenarnya Maira Astro Citra
2014 Saloma: Mencuri Guruh (Bahagian 1) Mariani Ismail Astro First Eksklusif
Saloma: Pandang Kaseh (Bahagian 2)

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2000 Muzik-Muzik Pengacara TV3
2002–2004 Beat TV Pengacara Astro Ria
2004 Anugerah Era 2004 Pengacara Era FM
2007 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-20 Pengacara TV3
2008 The Ultimate Prom Nite Pengacara 8TV
2009 Oo Lala Pengacara TV9
Anugerah Industri Muzik ke-16 Pengacara ntv7
Anugerah Shout! 2009 Pengacara 8TV
Sehati Berdansa Musim 3 Pengacara Astro Ria
2012 OMG! Sherbet Pengacara DIVA
2015 How Do I Look? (Musim 1) Pengacara
Galaksi Pengacara TV9
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Pengacara TV3

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk lagu Penyanyi Ruj.
2008 "Wicked Queen" Dragon Red
"Dem Girls" Caprice

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2005 FHM's 100 Sexiest Women In The World 2005 N/A Sazzy Falak Menang
2006 FHM's 100 Sexiest Women In The World 2006 N/A Menang
2006 Festival Filem Malaysia ke-19 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang
Pelakon Harapan Wanita Dicalonkan
2008 Most Beautiful Eyes - OK! Celeb Fest 2008 N/A Menang
2008 Top 40 Under 40 2008 - Le Prestige N/A Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kong will be singing to make a difference". Malaysia Star. 5 July 2007. Dicapai pada 25 November 2008.
  2. ^ Zaidi Mohamad (8 Ogos 2018). Sazzy letak tepi soal bayaran Berita Harian. Dicapai pada 9 Ogos 2018.
  3. ^ Georgie Joseph (21 Julai 2017). Sazzy idam naskhah 'kuat' Harian Metro. Dicapai pada 9 Ogos 2018.
  4. ^ a b c d Tengku Khalidah Tengku Bidin (21 Ogos 2005). "Sazzy Falak: duit bukan semuanya". Utusan Malaysia.
  5. ^ Radin Sri Ghazali (20 Mei 2006). ""Jangan call saya pada 3 pagi": Fazura". mStar.
  6. ^ Khadijah Ibrahim (18 Oktober 2007). "Robots versi Melayu di Astro". Utusan Malaysia.
  7. ^ Mumtaj Begum (14 September 2018). "'Gol & Gincu' is all set to score again with Vol. 2 in October". Star2. Dicapai pada 14 Oktober 2018.
  8. ^ Azwa Rahman (21 Ogos 2018). "Setelah 13 Tahun, Filem Gol & Gincu Vol. 2 Kembali - Hanya Dua Pelakon Asal Dikekalkan". Rojak Daily. Dicapai pada 14 Oktober 2018.
  9. ^ "Sazzy Falak's Malaysian Wedding". Lovetripper.com. November 2006.
  10. ^ Loong Wai Ting (25 Ogos 2015). Sazzy ‘toughens up’ for her new film role (with video) New Straits Times. Dicapai pada 1 September 2015.
  11. ^ Sazzy talks fashion and more... New Straits Times (18 Ogos 2015). Dicapai pada 1 September 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]