Scenes of Malaysian Life

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Scenes of Malaysian Life
"Perak Wedding" karya Lat dalam siri ini.
PengarangLat
Status terkini/jadualTamat
Tarikh dilancarkan1974
Tarikh berakhir2014
PenerbitNew Straits Times

Scenes of Malaysian Life merupakan siri lerang komik oleh kartunis Malaysia, Lat, yang diterbitkan dan disiarkan di dalam akhbar New Straits Times.[1][2] Lerang komik ini, yang disiarkan selama 40 tahun, dari 1974 sehingga 2014,[3] menggambarkan cara hidup masyarakat Malaysia yang berbilang budaya.[4] Kebanyakan karya beliau dalam siri ini juga dimuatkan dalam buku komik beliau.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1973, Lat, yang ketika itu bertugas sebagai wartawan jenayah di New Straits Times,[5] telah menghantar lerang komiknya untuk majalah Asia Magazine yang berpangkalan di Hong Kong dengan budaya hidup tradisional sebagai subjek utama yang mana beliau melukis kartun dan menyediakan dialog tentang upacara tradisi Melayu Islam, berkhatan.[6][7][8] Ia menarik perhatian ketua pengarang New Straits Times ketika itu, Lee Siew Yee, yang kemudiannya menawarkan jawatan kartunis tetap di akhbar itu.[9][10] Lat kemudian mengambil jawatan itu yang dicipta khas untuk beliau oleh penyunting akhbar itu, Abdul Samad Ismail.[11][12] Ini mendorong Lat untuk mengarang lerang komik Scenes of Malaysian Life yang mana tugas beliau ialah mengetengahkan kehidupan seharian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya dan hal ehwal semasa.[9][13][14] Beliau menggambarkannya sebagai "sesuatu yang sangat inovatif pada ketika itu".[9]

Kartun pertama yang dilukis oleh Lat untuk siri ini ialah "Perak Wedding", yang diterbitkan pada Mac 1974.[2][15] Selepas pulang ke Malaysia daripada pengajiannya selama 4 bulan di St Martin's School of Art di London,[16] Lat mengubah format Scenes of Malaysian Life kepada siri kartun editorial. Pada tahun 1984, sebahagian daripada keinginan untuk menjauhkan diri daripada tumpuan umum, Lat meletak jawatan daripada New Straits Times untuk menjadi pekerja bebas,[17][18][19] namun akan terus melukis Scenes of Malaysian Life untuk akhbar tersebut.[20] Pada tahun 1995, Scenes of Malaysian Life dihentikan seketika daripada New Straits Times kerana Lat mengambil keputusan untuk bercuti selama setahun. Siri itu kembali diterbitkan pada tahun berikutnya[21] sehingga ia berakhir pada tahun 2014.[3]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Lerang komik ini mendapat sambutan yang baik[22][23] dan membawa karya Lat ke puncak kemasyhuran.[24] Pada tahun 2000-an, siri ini disiarkan tiga kali seminggu dalam New Straits Times.[25]

Galeri Ilham menggambarkan siri ini sebagai "naratif yang benar-benar Malaysia dan menggambarkan kehidupan sebuah negara dengan sempurna".[26]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Wawancara/introspektif diri
  • Mohd Tajuddin Mohd Rasdi (17 Mac 2019). "Lat, his cartoons and appreciating our multiculturalism". The Borneo Post. Dicapai pada 26 Mei 2019.
  • Tan Mei Kuan (29 Disember 2020). "Interview with Lat: Kampung Boy and Beyond" (Wawancara). Ipoh Echo. Dicapai pada 25 Mei 2021.
Sumber berita
Buku
Sumber akademik
  • Lent, John (April 1999). "The Varied Drawing Lots of Lat, Malayasian Cartoonist". The Comics Journal. Washington, United States: Fantagraphics Books (211): 35–39. ISSN 0194-7869. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 February 2005. Dicapai pada 10 March 2010.
  • Rohani Hashim (2005). "Lat's Kampong Boy: Rural Malays in Tradition and Transition". Dalam Palmer, Edwina (penyunting). Asian Futures, Asian Traditions. Kent, United Kingdom: Global Oriental. m/s. 389–400. ISBN 1-901903-16-8.
Sumber kewartawanan
Tapak Internet

Pautan luar[sunting | sunting sumber]