Scha Al-Yahya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Scha" dilencongkan di sini.
Scha Al-Yahya
Scha Alyahya.jpg
Kelahiran Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya
(1983-05-30) 30 Mei 1983 (umur 35)
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon, pelawak, pengacara, peragawati, jurucakap produk
Tahun aktif 2006–kini
Pasangan Awal Ashaari (berkahwin 2012)
Anak Lara Alana (lahir 2014)

Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya (lahir 30 Mei 1983) atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara, peragawati dan jurucakap produk di Malaysia. Beliau mula dikenali ramai selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 dan membuat kemunculan sulung di televisyen menerusi drama Impian Illyana (2006) dengan memegang watak pembantu sebagai Yati, Scha mula meraih pencapaian luar biasa menerusi watak lakonannya sebagai Dania dalam siri drama Awan Dania (2008-2010) sekaligus melancarkan kerjayanya sebagai pelakon. Selepas berlakon dalam beberapa siri TV terutamanya dalam genre komedi, beliau membuat kemunculan sulungnya di layar lebar sebagai pelakon utama menerusi filem Antoo Fighter (2007) lantas terus dikenali sebagai antara pelakon komedi wanita yang cukup popular . Kredit filemnya yang lain termasuk Histeria (2009), Evolusi KL Drift 2 (2010), Aku Bukan Tomboy (2011) dan Awan Dania The Movie (2012).

Bagi kerjayanya sebagai pengacara, beliau telah mengacarakan program TV termasuk Sehati Berdansa, Muzik-Muzik dan Gempak Superstar. Sebagai jurucakap produk, Scha telah menjadi duta dan jurucakap bagi produk seperti Carefree, Rexona, Yakult, Watsons dan Bio Essence. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan bagi kerjaya televisyen dan filem termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Festival Filem Malaysia, Anugerah Shout! dan Anugerah Skrin.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 30 Mei 1983 di Sungai Petani, Kedah dan merupakan anak kedua daripada empat beradik.[1] Beliau berdarah kacukan Melayu, Cina dan Hadharami.[1] Scha merupakan anak saudara kepada pasangan penyanyi Syed Sobrie dan Datin Sheril Aida. Beliau juga merupakan anak saudara pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Usop Wilcha. Scha memiliki Diploma Teknologi Maklumat dari Kolej Pusat Teknologi dan Pendidikan Lanjutan (PTPL), Shah Alam. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pramugari syarikat penerbangan komersial Airasia di sekitar tahun 2006-2007. Selepas tamat perkhidmatan selama 2 tahun, beliau melibatkan diri di dalam dunia peragaan, iklan tv dan lakonan.[2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya seni profesional pada 2006 apabila beliau memenangi pertandingan pencarian Dewi Remaja anjuran majalah Remaja terbitan Karangkraf.[4] Selepas memenangi Dewi Remaja, Scha ditawarkan melakonkan watak pembantu menerusi drama Impian Illyana dan watak komedi untuk drama bersiri Bella di TV3, dan seterusnya membintangi drama online Gua.com.my, Luna Fantasiku.

Scha mula meraih perhatian ramai menerusi drama bersiri, Awan Dania, di mana beliau berperanan sebagai seorang gadis tomboi yang berusaha untuk mencapai impiannya bergelar seorang pramugari. Filem pertamanya berjudul Antoo Fighter yang bergenre komedi memperkenalkan beliau di layar perak sebelum membintangi beberapa filem pecah panggung seperti Evolusi KL Drift 2, Aku Bukan Tomboy dan Awan Dania The Movie. Sejak itu, Scha popular dengan watak-watak komedi menerusi beberapa drama seperti Prebet Jamilah, Mimi Mencari Cinta dan Jodoh. Beliau pernah dicalonkan untuk anugerah Artis Komedi Wanita Terbaik dan Artis Komedi Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2013.[5] Selain itu, beliau juga muncul bersama pelakon Indonesia, Fauzi Baadila dalam muzik video lagu "Mencari Konklusi" oleh kumpulan Hujan.

Pun begitu, beliau pernah mencuba beberapa watak serius, antaranya watak mangsa pelacuran di zaman pendudukan Jepun dalam drama Geisha Melayu Terakhir serta lakonan memberangsangkan sebagai gadis lesbian dalam filem Histeria yang melayakkan Scha dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 pada tahun 2009. Tetapi popularitinya lebih diraih menerusi lakonan komedi selain mula menceburi bidang pengacaraan, antaranya bergelar pengacara Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu selama dua musim. Di luar bidang lakonan, beliau menguruskan butik miliknya, Schapoholic[6] yang diperoleh dari perkataan bahasa Inggeris, "Shopaholic".[7]

Beliau kembali ke televisyen pada 2016 menerusi peranan Alana Sofea dalam drama bersiri Isteri vs Tunang lakonan bersama Hisyam Hamid,[8] dan setahun kemudian, beliau muncul dengan peranan utama sebagai Syazlin dalam drama bersiri Urusan Hati Cik Drama Queen lakonan bersama Aiman Hakim Ridza.[9][10] Scha telah dilantik oleh gergasi telekomunikasi Malaysia, Maxis sebagai duta telefon pintar NeXT pada 3 November 2017.[11]

Pada 16 April 2018, Scha bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Hans Isaac, Awal Ashaari, Neelofa, Maya Karin, Joe Flizzow, Nora Danish, dan Kavita Sidhu turut serta untuk kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.[12][13][14][15]

Pada Hari Raya Aidilfitri 2018, Scha berlakon di samping pelakon muda Lia Natalia menjayakan peranan utama dalam telefilem Baju Raya Eksklusif arahan Shuhaimi Lua Abdullah. Telefilem ini memulakan tayangan perdana di TV3 pada Raya ketiga. Ia mengisahkan tentang dua sepupu, Nurin dan Hazwani yang merancang untuk menjual baju raya eksklusif bagi Aidilfitri akan datang.[16]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Scha Al-Yahya dan suaminya, Awal Ashaari ketika majlis perkahwinan mereka.

Pada 4 Mei 2012, Scha (29 tahun) berkahwin dengan pengacara Awal Ashaari (Awal), (30 tahun). Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya.[17] Ijabkabul dilakukan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus. Majlis resepsi perkahwinan mereka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).[18][19]

Siaran langsung majlis perkahwinan menerusi saluran Astro Ria terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal (hujan ?). Raqim Ahmad Ramli menjelaskan bahawa masalah itu akan diperbaiki. Sebelum ini, perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU berjalan lancar.[20] Pasangan ini mendapat cahaya mata perempuan diberi nama Lara Alana, dilahirkan pada 22 Julai 2014.[21][22]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2008 Antoo Fighter Lara Azizi "Chunk" Adnan Filem pertama
Histeria Alissa James Lee
2009 Papadom [23] Shasha Afdlin Shauki
Dimensi Cinta Eddie Pak
2010 Evolusi KL Drift 2 [24] Aleya Syamsul Yusof
2011 Libas Ratna Jurey Latiff Rosli
Aku Bukan Tomboy[25] Farisha Syamsul Yusof
2013 Awan Dania The Movie Dania Rashid Sibir
Papadom 2 Shasha Afdlin Shauki Penampilan khas
Dampak Suria Andy Mak

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan Saluran TV
2008 Terlalu Istimewa Ana Pelakon utama TV3
2009 Naik Hantu Ziffa Pelakon utama Astro RIA
Lemas Dalam Cinta [26] Sofi Pelakon utama RTM1
2010 Prebet Jamilah [27] Jamilah Pelakon utama Astro RIA
2011 Geisha Melayu Terakhir [28][29] Suraya Pelakon utama Astro RIA
Prebet Jamilah 2 [30] Jamilah Pelakon utama Astro RIA
2012 Cikgu Timah Tukar Sekolah Cikgu Timah Pelakon utama Astro RIA
2013 Sweet Lola [31] Lola Pelakon utama TV9
2016 Isteri Vs. Tunang Raya Alana Sofea Pelakon utama Astro Ria
2016 Pen Merah Pen Biru Ain Pelakon utama Astro Ria
2018 Baju Raya Eksklusif Nurin Pelakon utama TV3

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan Saluran TV
2006 Impian Illyana Yatie Pelakon pembantu TV3
2007 Honeyz RTM1
Sadiq & Co [32] NTV7
2008 Luna Fantasiku [33] Sarah Pelakon pembantu GUA Portal (Online Drama Series)
Awan Dania (Musim 1)[34] Dania Pelakon utama Astro RIA
Bella TV3
2009 Chef Jo [35] TV3
Awan Dania (Musim 2) Dania Pelakon utama Astro RIA
2010 Awan Dania (Musim 3) Dania Pelakon utama Astro RIA
K.I.T.A. Carefree [36] Kiera Pelakon utama Astro RIA
2011 Dunia Kita[37][38] Rania Pelakon utama Astro RIA
Mimi Mencari Cinta Mimi Pelakon utama Astro Warna
Kelaaas Kau Maria Maria Pelakon utama Astro RIA
2013 Jodoh Olly Pelakon utama Astro RIA
2014 3 Campur 2 Mira Pelakon utama Astro Ceria
2016 Isteri vs Tunang Alana Sofea Pelakon utama Astro RIA
2017 Urusan Hati Cik Drama Queen Syazlin Pelakon utama Astro RIA
3 Dara Kg.com Esah Pelakon utama Astro Warna
2018 Ti Amo, Sweetheart 100 Hari! Rania Pelakon Utama Astro Ria

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Program Saluran TV
2009 Sehati Sejiwa RTM1
Sampaikan Aidilfitri TV9
Chopp TV9
Sehati Berdansa (Musim 3) Astro RIA
2010 Kata Kau Astro RIA
2013 Muzik Muzik 28 TV3
2014 Muzik Muzik 29 TV3
2016 Gempak Superstar Astro RIA

Videografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Muzik video
2009 State of Trance bersama DJ Juice
2009 Mencari Konklusi bersama Fauzi Baadila dan Hujan

Endorsmen[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Scha Al-Yahya
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2005/2006 Dewi Remaja Menang
2006 EH! 20 Yang Anggun Dicalonkan
2008 50 Gorgeous Female Magazine Dicalonkan
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Artis Baru Wanita Popular Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-22 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dicalonkan
2010 EH! 20 Yang Anggun Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
Pelakon TV Filem Popular Dicalonkan
Anugerah Shout! Anugerah Hot Chick Menang
2011 Anugerah Skrin Anugerah Sinaran Pantene Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
2012 Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan Anugerah Jelita Dicalonkan
Anugerah Stail EH! Selebriti Wanita Paling Bergaya Dicalonkan
Selebriti Paling Fotogenik Menang [43]
Pasangan Selebriti Pilihan (dengan Awal Ashaari) Dicalonkan
Anugerah Shout! Anugerah Hot Chick Dicalonkan
Anugerah Blokbuster Anugerah Heroin Terhebat Dicalonkan
2013 Anugerah Melodi Artis Wanita Pilihan Dicalonkan
Pasangan Pilihan (dengan Awal Ashaari) Menang
Anugerah Lawak Warna Artis Komedi Wanita Terbaik (TV) Dicalonkan
Artis Komedi Wanita Paling Popular Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Artis Wanita Stailo Dicalonkan
Anugerah Shout! Anugerah Hot Chick Dicalonkan
2014 Anugerah Stail EH! Selebriti Wanita Paling Bergaya Dicalonkan
Selebriti Paling Fotogenik Menang [44]
Pasangan Selebriti Pilihan (dengan Awal Ashaari) Menang
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Couple MeleTOP Menang
2017 InTrend Gala 2017 Selebriti Fesyen Ikonik Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Demi ibu bapa Sharifah sanggup berkorban apa sahaja". Utusan Online. 27 December 2006. 
  2. ^ Sinema Malaysia Retrieved on 2008-12-23
  3. ^ http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/CoverStory/20091227053642/Article
  4. ^ "Scha Al-Yahya Ada Tarikan Komersial". 11 July 2008. 
  5. ^ "Dewi Remaja 2006 winner Sharifah Nor Azean". 
  6. ^ "Scha kukuhkan jenama Schapoholic". Media Hiburan. 18 Mac 2013. Dicapai 25 Mac 2013. 
  7. ^ Khadijah Ibrahim (19 Julai 2012). "Scha terus dilimpahi rezeki". Utusan Malaysia. Dicapai 25 Mac 2013. 
  8. ^ Isteri vs Tunang Kepala Bergetar. 14 Disember 2015.
  9. ^ Urusan Hati Cik Drama Queen bukan drama kahwin paksa Astro Gempak (16 Februari 2017). Diperoleh pada 10 Julai 2017.
  10. ^ Urusan Hati Cik Drama Queen Kepala Bergetar. 23 Mac 2017.
  11. ^ Izwan Ismail (3 November 2017). "Maxis names Scha Alyahya as brand ambassador for NeXT X1 smartphone". New Straits Times. Dicapai 16 Mei 2018. 
  12. ^ Hemananthani Sivanandam (17 April 2018). "Neelofa, Hans Isaac and local celebs fight fake news and cyberbullying". The Star. Dicapai 15 Mei 2018. 
  13. ^ "Celebrities campaign against cyberbullying". Free Malaysia Today. 17 April 2018. Dicapai 15 Mei 2018. They will also fight dissemination of fake news on social media as they are often the target of malicious attacks. 
  14. ^ Beatrice Nita Jay, Siti Nnur Maserah Amran (17 April 2018). "Celebrities lend their support in 'war' against cyber bullying, fake news [NSTTV]". New Straits Times. Dicapai 15 Mei 2018. 
  15. ^ Tahir Alhamzah (19 April 2018). "#Showbiz: 'Our daughter became the subject of cyber-bully'". New Straits Times. Dicapai 16 Mei 2018. 
  16. ^ Ridzuan Abd Rahman (31 Mei 2018). Telefilem santai dalam mood raya Harian Metro. Dicapai pada 18 Jun 2018.
  17. ^ "Two-star tie-up". The Star Online. 1 May 2012. 
  18. ^ Awal & Scha Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz
  19. ^ "Celebrity couple Awal and Scha to weds in May". AsiaOne Showbiz. 29 March 2012. 
  20. ^ Astro Mohon Maaf Gagal Siarkan Pernikahan Awal & Scha
  21. ^ "Awal Ashaari And Scha Al-Yahya To Reveal Baby Daughter After Confinement Period Ends". MyNewsHub. 4 August 2014. 
  22. ^ Wan Nasrah Abdul Rahim (26 September 2013). "Scha: Sedia bergelar 'mummy'!". Sinar Harian. Dicapai 20 November 2013. 
  23. ^ "Dengarnya : Filem Papadom Kutip Lebih RM3.3 Juta". Berita Harian. 4 November 2009. 
  24. ^ "Evolusi KL Drift 2 Filem Termahal Skop". Utusan Online. 9 March 2010. 
  25. ^ "Filem Aku Bukan Tomboy Selongkar Dunia Tomboy". Sensasi Selebriti. 1 November 2011. Dicapai 2011-11-30. 
  26. ^ "Drama Lemas Dalam Cinta Lakonan Fahrin Ahmad dan Scha". 21 August 2009. 
  27. ^ "Klik: Tunggu Prebet Jamilah". Berita Harian. 8 August 2010. 
  28. ^ "'Buat komedi lebih mudah'". myMetro. 10 August 2011. 
  29. ^ "An Intriguing Movie Of Malaya's Geisha During The Japanese Occupation". Perak Today. Dicapai 27 August 2011. 
  30. ^ "Biar peminat tentukan". Berita Harian. 4 August 2011. 
  31. ^ "Sweet Lola (TV9)". 11 August 2013. 
  32. ^ "Sadiq & Co". Red Communications. 
  33. ^ "Sekitar Pelancaran Drama Online Pertama Arahan Aziz M Osman". Budiey.com. Dicapai 9 July 2008. 
  34. ^ "Awan Dania - Scha Alyahya's new drama series for Astro RIA". 25 October 2008. 
  35. ^ "Chef Jo penuh dengan drama dan ilmu masakan". 3 May 2009. 
  36. ^ "K.I.T.A. kisah empat gadis". Utusan Online. 9 April 2010. 
  37. ^ "Dunia Kita Ala Drama Korea". mStar Online. 27 May 2011. 
  38. ^ "Drama Bersiri Dunia Kita Suntik Unsur Korea". Murai.com. 25 May 2011. 
  39. ^ "Selebriti Aidilfitri with Watsons". NewStraitsTimes. 30 July 2012. 
  40. ^ "Slowing the ageing process". The Star Online. 2 July 2009. 
  41. ^ "Carefree bantu wanita berasa segar". 7 April 2010. 
  42. ^ "One-stop shopping hub". The Star. 26 July 2012. 
  43. ^ Pasti ramai yang bersetuju mereka pasangan selebriti muda paling cocok setakat ini.
  44. ^ Anugerah Stail Eh! Nobatkan Awal Selebriti Paling Bergaya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]