Schnauzer sederhana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Schnauzer (piawai))
Schnauzer
Anjing lada dan garam
Nama lain
  • Schnauzer sederhana
  • Schnauzer piawai
  • Rattenfänger
  • Rattler
  • Rauche Pinscher
  • Pincer berbulu kasar
  • Pincer berbulu dawai
Negara asalJerman
Trait
Berat 14–20 kg (31–44 lb)
Tinggi 45–50 cm (18–20 in)
Warna
  • lada dan garam
  • hitam
Jangka hayat 10 tahun atau lebih[1]:45
Anjing (Canis lupus familiaris)

Schnauzer,[a] atau khususnya schnauzer sederhana[b] atau schnauzer piawai,[c] ialah satu baka anjing dalam kumpulan Pincer dan Schnauzer.[2][3] Ia bercirikan janggut kejur lebat dan misai, biasanya lebih cerah daripada lapis bulu. Ia merupakan salah satu daripada tiga baka schnauzer. Yang lagi dua merupakan schnauzer gergasi dan schnauzer kerdil. Di Jerman, ia merupakan baka terancam dan tersenarai dalam kategori III bagi Senarai Merah bagi Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen.[4]

Perkembangannya sebagai baka bertarikh dari tahun 1880-an, di Jerman selatan.[5]:40 Ia merupakan anjing tegap dan bertubuh segi empat sama bersaiz sederhana daripada jenis pekerja atau utiliti; lapis bulunya mungkin berwarna lada dan garam atau hitam. Seekor anjing jenis ini dipamerkan di Hanover pada tahun 1879; seekor lagi menjadi "Best in Show" dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club di Amerika Syarikat pada tahun 1997.[6]

Nama baka[sunting | sunting sumber]

Nama baka ini berasal daripada perkataan bahasa Jerman Schnauze, yang memaksudkan 'muncung',[perlu rujukan] tetapi perjalanan penggunaan perkataan ini untuk baka ini tidak diketahui.[7]:482 Perkataan Schnauzer muncul dalam Bilder und Sagen aus der Schweiz karya Jeremias Gotthelf, yang diterbitkan pada tahun 1842.[7]:482 'Schnauz' ialah nama umum untuk anjing – beberapa ekor anjing dengan nama ini ditunjukkan di Elberfeld pada tahun 1880.[8]:149 Dalam pertunjukan anjing antarabangsa ketiga oleh Verein zur Veredelung der Hunderassen di Hanover pada tahun 1879, seekor anjing bernama 'Schnautzer' mendapat tempat pertama dalam kelas Rauche Pinscher atau pincer berbulu dawai.[8]:149 Nama baka ini diubah secara rasmi daripada rauhaariger Pinscher ("pincer berbulu kasar") kepada Schnauzer ("schnauzer") dengan edisi keenam bagi buku pembaka pada tahun 1917.[7]:482

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pincer berbulu dawai, ilustrasi oleh Ludwig Beckmann [de] daripada karya beliau Geschichte und Beschreibung der Rassen des Hundes, 1895

Schnauzer berasal dari Jerman selatan;[9] ia mengongsi sejarah bersama dengan pincer Jerman.[10] Anjing jenis ini, kedua-dua berbulu kasar dan berbulu licin, secara tradisional dibela sebagai anjing pedati atau sebagai anjing kandang kuda dan kadang-kadang dikenali sebagai Stallpinscher ("pincer kandang kuda"); ia merupakan anjing pemburu tikus berkemampuan.[10] Kedua-dua jenis dikenali sebagai deutscher Pinscher ("pincer Jerman") dan berasal daripada zuriat sama; anak-anak anjing berbulu kasar dan berbulu licin boleh hadir dalam perinduk sama.[10] Jenis berbulu kasar, yang kemudiannya menjadi schnauzer, juga dikenali sebagai Rattler ("[anjing] pemburu tikus").[10][11]:152

Pada tahun 1880, pincer dicatatkan dalam Deutschen Hundestammbuch ("Buku Pembaka Anjing Jerman") bagi Verein zur Veredelung der Hunderassen[12] dan piawaian baka pertama dirangka.[7]:482 Pelbagai warna diperihalkan untuk jenis berbulu kasar, termasuk kelabu besi, perak kelabu, kuning kelabu, kuning jagung, dan kuning karat.[7]:482 Pada tahun 1895, Ludwig Beckmann [de] memerihalkan lima keragaman pincer – pincer berbulu kasar dan berbulu licin, pincer katik berbulu kasar dan berbulu licin, dan pincer monyet.[10][11]:152 Juga pada tahun 1895, sebuah pertubuhan baka, Pinscherklub, ditubuhkan untuk kedua-dua jenis, kedua-dua berbulu kasar dan berbulu licin.[12][13] Sebuah lagi persatuan, Schnauzerklub München, dibentuk di Munich pada tahun 1907 oleh para pembiak baka Mittelschnauzer ("schnauzer sederhana").[13] Pada tahun 1917, dengan edisi keenam bagi buku pembaka, nama bagi baka berbulu kasar diubah secara rasmi daripada rauhaariger Pinscher kepada Schnauzer.[7]:482 Pada tahun 1918, Pinscherklub dan Schnauzerklub München bergabung untuk membentuk Pinscher-Schnauzer-Verband, yang, pada tahun 1921, mengubah namanya kepada Pinscher-Schnauzer-Klub 1895 e.V. yang masih terpakai sampai sekarang.[13]

Dalam tempoh antara perang, schnauzer lada dan garam berkembang pesat, manakala yang hitam kurang kerap terlihat; selepas penamat Perang Dunia Kedua, yang sebaliknya adalah benar.[13] Schnauzer diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1955.[14] Dalam tempoh lima belas tahun dari tahun 2007 hingga tahun 2021, pendaftaran tahunan di Jerman berbeza antara 370 dengan 582, dengan purata tahunan sebanyak 464.[15]

Sejak tahun 2014, schnauzer lada dan garam telah berada dalam Senarai Merah bagi Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen.[16] Pada tahun 2022, status pemuliharaannya disenaraikan sebagai gefährdet, 'terancam', kategori keterancaman ketiga tertinggi bagi pertubuhan itu.[4] Pada tahun 2018, sejumlah 201 ekor anak anjing lada dan garam dilahirkan dalam 26 perinduk.[17]

Beberapa ekor schnauzer dieksport ke Amerika Syarikat sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1925, Wire-Haired Pinscher Club of America dimulakan, meliputi kedua-dua schnauzer bersaiz piawaian dan katik; pada tahun 1933, kelab itu terbahagi kepada dua buah kelab berasingan, salah sebuah daripadanya merupakan Standard Schnauzer Club of America.[18]:108

Ciri[sunting | sunting sumber]

Hitam

Schnauzer ialah anjing tegap dan bertubuh segi empat sama dengan saiz sederhana daripada jenis pekerja atau utiliti. Lapis bulunya keras, mirip dawai, dan padat, dengan lapis bulu bawah tebal dan lembut.[19] Warnanya mungkin garam dan lada atau hitam; pada anjing garam dan lada, kelabu mungkin berbeza-beza antara kelabu perak pudar dengan kelabu besi gelap.[13] Anjing garam dan lada mempunyai topeng hitam. Telinganya terletak tinggi-tinggi dan layu; matanya gelap.[13]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Secara keseluruhannya, schnauzer piawai ialah baka sangat sihat. Tinjauan kesihatan tahun 2008 yang dilakukan oleh Standard Schnauzer Club of America mendedahkan bahawa kira-kira hanya 1% anjing yang ditinjau mempunyai isu kesihatan serius.[20]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: شناءوزر سدرهان; Jerman: Mittelschnauzer
  2. ^ Jawi: شناءوزر ڤياواي; Jerman: Standardschnauzer; bahasa Inggeris: standard schnauzer
  3. ^ Jawi: شناءوزر; Jerman: Schnauzer; bahasa Inggeris: schnauzer

References[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [Bruce Fogle] (2013). The Dog Encyclopedia (Inggeris). London; New York: Dorling Kindersley. ISBN 9781465408440.
  2. ^ "FCI - Standard Nr. 182 SCHNAUZER" [Piawaian FCI No. 182 Schnauzer] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Jerman). 18 April 2007. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  3. ^ "FCI-Standard N° 182 SCHNAUZER" [Piawaian FCI No. 182 Schnauzer] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh C. Seidler. 18 April 2007. Dicapai pada 8 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  4. ^ a b Die Rote Liste im Überblick (Jerman). Witzenhausen: Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen. Diarkibkan pada 16 Oktober 2022.
  5. ^ Kim Dennis-Bryan (2020 [2012])). The Complete Dog Breed Book (Inggeris), edisi kedua. London: Dorling Kindersley. ISBN 9780241412732.
  6. ^ "- Westminster Kennel Club - Results - Retrieved September 1, 2008" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 27, 2007. Dicapai pada Januari 8, 2024.
  7. ^ a b c d e f Hans Räber (2001 [1993]). Enzyklopädie der Rassehunde: Ursprung, Geschichte, Zuchtziele, Eignung und Verwendung, jilid 1 (Jerman). Stuttgart: Franckh-Kosmos Verlags-Gmbh & Co. KG. ISBN 9783440143032.
  8. ^ a b Edward Cecil Ash (1931). The Practical Dog Book (Inggeris), edisi kedua. London: Simpkin, Marshall.
  9. ^ Deutscher Pinscher (Jerman). Witzenhausen: Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen. Diarkibkan pada 16 Februari 2022.
  10. ^ a b c d e Christel Simantke (2003). Die Gefährdete Nutztierrasse des Jahres 2003: Gefährdete Haus- und Hofhunde: Von Spitzen und Pinschern (Jerman). Witzenhausen: Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen. Diarkibkan pada 6 Jun 2012.
  11. ^ a b Ludwig Beckmann (1894–1895). Geschichte und Beschreibung der Rassen des Hundes (jilid II) (Jerman). Braunschweig: Druck und Verlag von Friedrich Bieweg und Sohn.
  12. ^ a b Rasseportrait: Deutscher Pinscher (Jerman). Remscheid: Pinscher-Schnauzer-Klub 1895 e.V. Diarkibkan pada 23 Mac 2022.
  13. ^ a b c d e f Die Rasse des Monats: Pinscher und Schnauzer: Klub feiert 125. Jubiläum (Jerman). Dortmund: Verband für das Deutsche Hundewesen (VDH) e.V. Diarkibkan pada 5 Ogos 2020.
  14. ^ "FCI breeds nomenclature: Schnauzer (182)". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Januari 2024.
  15. ^ Welpenstatistik (Jerman). Dortmund: Verband für das Deutsche Hundewesen (VDH) e.V. Diarkibkan pada 8 Januari 2024.
  16. ^ Berichte der GEH-Koordinatoren: anlässlich der GEH-Jahrestagung in Witzenhausen vom 20.- 22. Februar 2015 (Jerman). Witzenhausen: Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen. Diarkibkan pada 14 Jun 2018.
  17. ^ Mittelschnauzer (Pfeffer und Salz) (Jerman). Witzenhausen: Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen. Diarkibkan pada 20 Oktober 2022.
  18. ^ Anne Fitzgerald Paramoure (1959). The Complete Miniature Schnauzer (Inggeris). Middleburg, Virginia: Denlinger's.
  19. ^ Schnauzer (Jerman). Dortmund: Verband für das Deutsche Hundewesen (VDH) e.V. Diarkibkan pada 3 Ogos 2021.
  20. ^ Standard Schnauzer Club of America - FAQs (Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2024.