Scotland Yard

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
New Scotland Yard, London

New Scotland Yard, lebih dikenal secara singkat sebagai Scotland Yard atau The Yard, adalah ibu pejabat bagi Metropolitan Police Service, yang bertanggungjawab ke atas penguatkuasaan undang-undang wilayah Greater London di bandar raya London, England (walaupun bukan City of London itu sendiri). New Scotland Yard terletak di Westminster, sekitar 460 meter jauhnya dari Houses of Parliament.

Nama tersebut berasal dari lokasi asal ibu pejabatnya iaitu bertempat di Great Scotland Yard, sebuah jalan di Whitehall. Adapun lokasi asal Scotland Yard tersebut kini telah diambil alih oleh pihak tentera Britain.