Scots Wha Hae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Scots Wha Hae' (harfiah: "Orang Scotland Yang Telah") ialah sebuah puisi/lagu yang ditulis Robert Burns dalam tahun 1793 buat meniru ucapan Robert the Bruce kepada tenteranya sebelum Pertempuran Bannockburn dalam tahun 1314. Walaupun Burns menulis kata-kata, muzik buat lagu ini adalah lagu lama (Hey Tuttie Tattie) yang mengikut legenda telah dimainkan oleh tentera Scotland sebelum pertempuran.

Judul pertama lagu ini ialah Robert Bruce's March To Bannockburn ("Kemaraan Robert Bruce ke Bannockburn") – namun sekarang ia lebih terkenal sebagai "Scots Wha Hae".

"Scots Wha Hae" juga merupakan lagu parti buat Parti Kebangsaan Scotland (Scots:Scottis Naitional Pairtie) dan dinyanyikan selepas perhimpunan parti yang diadakan setiap tahun.

Pengaruh Blind Harry[sunting | sunting sumber]

Puisi ini menunjukkan pengaruh Blind Harry (atau Henry the Minstrel ("Henry si Pendendang")) , seorang makar seperti yang dapat dilihat pada baris Henry:

Rangkap Harry Terjemahan

A false usurper sinks in every foe
And liberty returns with every blow

Perampas palsu gugur dengan setiap lawan
Dan kebebasan pulang dengan setiap pukulan

yang digelar Burns sebagai "kuplet yang setanding dengan Homer"[nota 1] dan diubah suai sebagai:

Rangkap Burns Terjemahan

Lay the proud usurpers low!
Tyrants fall in every foe!
Liberty's in every blow!

Rebahkan lawan yang penuh keangkuhan!
Penzalim jatuh dengan setiap lawan!
Kebebasan datang dengan setiap pukulan!

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Asal, A couplet wirthy o Homer