Scott Adkins

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Scott Adkins
Gambar Scott_Adkins.
Kelahiran
Scott Edward Adkins

(1976-07-17) 17 Julai 1976 (umur 47)
Sutton Coldfield, West Midlands, England, UK
Nama lainScott Adkins
Pekerjaan
Tahun aktif1998—kini
Anak-anak1

Scott Edward Adkins (lahir 17 Jun 1976) ialah seorang pelakon Inggeris yang terkenal kerana lakonan watak Bradley Hume dalam filem Bandaraya Holby. Beliau juga muncul dalam siri televisyen Dangerfield, serta filem-filem Hollyoaks, City Central, A Touch of Frost, EastEnders, dan Doctors.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Sutton Coldfield, England, nenek moyang Scott Adkins berasal dari Sepanyol, dengan nama keluarga Butchers. Bersama abangnya Craig, beliau diasuh oleh John and Janet Adkins, keluarga sederhana yang penyayang. Adkins menghadiri Sekolah Menengah Biskop Vesey di tempat asalnya. Jelas bukan seorang pelajar yang bersungguh-sungguh, beliau sering menyusup ke bawah tangga selepas ibu bapanya telah tidur dan menonton filem pada lewat malam dan tidur semasa berada di kelas.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Seorang olahragawan asli, Adkins minat akan beberapa jenis sukan tetapi selepas menemani bapa dan abangnya ke kelab Judo tempatan ketika berumur 10 tahun, beliau tertarik dengan serta-merta terhadap seni tersebut. Memuja bintang-bintang filem seperti Bruce Lee and Jean-Claude Van Damme, Adkins mula berlatih setiap hari. Beliau mengambil alih garaj bapanya dan menjadikannya tempat Dojo sendiri. Adkins juga mengkhususkan sebuah tempat suci untuk menyembah kepada Bruce Lee.

Adkins masih mengingati sebuah peristiwa ketika beliau disamun di dalam sebuah bas ketika berumur sekitar 13 tahun, serta bagaimana beliau mempergunakan latihannya untuk membalas terhadap penyerangnya. Ketika berumur 14 tahun, Adkins menyertai pertubuhan T.A.G.B. dan mempelajari Tae Kwon Do di bawah arahan Ron Sergiew. Selepas beberapa tahun, beliau mula belajar Kickboxing di bawah Anthony Jones dan kini merupakan seorang pelatih Kickboxing yang berkelayakan untuk pertubuhan P.K.A.

Mengakui diri sebagai "penagih filem", perhatian Adkins tertarik kepada lakonan melalui tokoh-tokoh Hollywood, dan beliau mendaftarkan diri untuk kelas drama di Kolej Coldfield Sutton. Seorang pemalu, Adkins pada mula-mulanya mengalami kesukaran untuk menghadapi para penonton ketika di atas pentas. Akhirnya ketika berumur 21 tahun, beliau ditawarkan tempat oleh Akademi Seni Drama Webber Douglas, sebuah institusi yang berprestij. Walaupun demikian, sebagai seorang pelajar yang miskin, beliau menghadapi masalah kewangan tanpa biasiswa, dan terpaksa menamatkan kursus tanpa menghabiskannya. Berasa amat kecewa, beliau menganggap bahawa ini merupakan keakhiran harapannya.

Peluang pertamanya datang apabila Adkins ditawarkan peranan dalam sebuah filem silat Hong Kong yang dijudul "Cabaran Berterlaluan". Dicamkan oleh Stephen Tung Wai, pengarah filem dan ketua Persatuan Pelakon Lagak Ngeri Hong Kong, serta juga oleh Bey Logan, pakar filem Hong Kong yang berkebangsaan Inggeris, Adkins mendapati diri di Timur buat pertama kali. Beliau mendapat peluang untuk bekerja dengan sesetengah pengarah filem aksi Hong Kong yang utama, termasuk Yeun Wo Ping, Cory Yeun, Sammo Hung, dan Jackie Chan yang terkenal. Peranan-peranan lakonan mula ditawarkan kepadanya, dengan beliau ditawarkan peranan tetamu dalam filem BBC, "Doktor-doktor", yang difilemkan di Pebble Mill, Birmingham. Beliau berlakon dalam beberapa episod BBC, "Eastenders", serta juga City Central, dan peranan utama dalam drama komedi Sky One, Sebatu Tinggi ( Mile High). Peranan-peranan dalam filem cetera menyusul tidak lama kemudian, dengan lakonan watak "Talbot" dalam filem, "Special Forces", serta watak "Boyka" dalam "Undisputed 2". Scott kini sedang berlakon dalam filem BBC, "Bandaraya Holby".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]